Neta X kini rasmi dilancarkan di Malaysia - dari RM119,888

oleh Firdaus Razani|
Selepas melancarkan sebuah kenderaan elektrik (EV) mampu milik di Malaysia tahun lalu, iaitu Neta V, kini Neta merasmikan model SUV terbaharu Neta X ke pasaran tempatan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Neta X merupakan sebuah SUV EV yang bakal bersaing dalam kelas pasaran tempatan segmen-B, dimana ia menawarkan tiga pilihan varian, 400 Comfort, 400 Luxury dan 500 Luxury.

 

neta

 

Ketiga-tiga varian membawa kepada ciri-ciri berbeza seperti kapasiti bateri, jarak gerak, dan ciri teknologi yang terdapat pada SUV ini.

Dari reka bentuk luaran, Neta X menampilkan reka bentuk SUV serba moden yang membawa karakter dinamik pada setiap sisi pandangan pada kenderaan.

 

neta

 

Gaya reka bentuk Neta X masih mengikut trend terkini dalam menghasilkan sebuah SUV untuk keluarga tidak kira dari luaran atau dalaman.

Pada bahagian dalaman, ia menampilkan permukaan bahagian dalaman kenderaan itu sehingga 80 peratus dengan bahan sentuhan lembut (soft touch), jadi dengan sentuhan itu, ia berasa agak selesa.

 

neta

 

Kerusi pemandu dan penumpang dibaluti dengan artificial leather yang diberi ciri enam aras power adjustment pada kerusi pemandu dan penumpang hadapan.

Pembeli boleh memilih variasi warna untuk bahagian dalaman samada hitam atau coklat.

 

neta

 

Ia turut menampilkan skrin paparan infotainmen di konsol tengah bersaiz 15.6 inci yang mempunyai ciri pintar seperti bantuan suara Neta Ai dan sokongan Apple CarPlay.

 

neta

 

Selain itu, untuk kedua-dua varian Luxury, akan terdapat fungsi pengecasan telefon pintar tanpa wayar pada konsol tengah dan untuk kesemua varian, akan mendapat port USB dan Type-C setiap satu dihadapan dan belakang.

 

neta

 

Tambahan, Neta X mempunyai kapasiti ruang but kereta sehingga 508 liter dan jika ia kerusi tempat duduk penumpang belakang dilipat, ia boleh mencapai sehingga 1,388 liter.

 

neta

 

Sebagai menambah ciri praktikaliti pada SUV EV ini, ia turut hadir dengan ciri Vehicle-To-Load (V2L) yang membenarkan penggunaan tenaga dari kereta kepada barangan lain untuk aktiviti luaran.

Bagi ciri-ciri keselamatan, ia menawarkan teknologi seperti;

  • ABS + EBD
  • Brake Assist (EBA/BAS/BA, etc)
  • Electronic Stability Control (ESC/ESP, etc)
  • Traction Control (ASR/TCS/TRC, etc)
  • Hill Hold Control (HHC)
  • Hill Descent Control (HDC)
  • Direct Tire Pressure Monitoring System
  • Height Adjustable Front-Row Seatbelts
  • Automatic Unlocking in Case of Collision
  • Rear Parking Radar
  • Reverse Camera with Auxiliary Guidelines
  • Around View Monitor (AVM)

 

neta

 

Tambahan ia juga menampilkan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) untuk varian 400 Luxury dan 500 Luxury seperti;

  • Full-Speed Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Intelligent Cruise Assist (ICA)
  • Automatic Emergency Braking (AEB)
  • Traffic Jam Assist (TJA)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Changing Assist with BSD
  • Door Opening Warning (DOW)
  • Rear Cross-Traffic Alert (RCTA)
  • Traffic Sign Recognition (TSR)
  • High Beam Assist (HBA)
  • Emergency Lane Keep System (ELKS)

 

neta

 

Untuk spesifikasi dan harga bagi ketiga-tiga varian adalah seperti berikut;

400 Comfort (RM119,888)

  • Kapasiti bateri - 51.8kWj
  • Jarak gerak (NEDC) - 401km
  • Tempoh pengecasan AC - 0-100% < 9 jam
  • Tempoh pengecasan DC - 30-80% < 30 minit

 

400 Luxury (RM127,888)

  • Kapasiti bateri - 51.8kWj
  • Jarak gerak (NEDC) - 401km
  • Tempoh pengecasan AC - 0-100% < 9 jam
  • Tempoh pengecasan DC - 30-80% < 30 minit

 

500 Luxury (RM135,888)

  • Kapasiti bateri - 62kWj
  • Jarak gerak (NEDC) - 480km
  • Tempoh pengecasan AC - 0-100% < 11 jam
  • Tempoh pengecasan DC - 30-80% < 30 minit

 

Kesemua varian Neta X menggunakan motor tunggal pacuan hadapan (FWD) yang menghasilkan kuasa output maksimum pada 160hp dan tork puncak 210 Nm yang memecut dari 0-100kmj hanya dalam 9.5 saat serta mencapai kelajuan tertinggi pada 150kmj.

 

neta

 

Neta X diberi variasi pilihan warna luaran sebanyak lima warna iaitu, Biru, Putih, Kelabu, Hitam dan Coklat.

Untuk meraikan pelancaran, NETA Auto Malaysia menawarkan promosi eksklusif dari 25 Julai – 31 Julai 2024:

  • Nilai Tempahan Berganda: Pelanggan akan menerima dua kali ganda nilai deposit tempahan mereka.
  • Kotak Dinding Percuma atau Kredit Pengecasan: Pilih antara kotak dinding percuma untuk pengecasan rumah atau kredit pengecasan untuk stesen awam.
  • Penyelenggaraan Percuma selama 2 Tahun atau 40,000 km: Nikmati ketenangan fikiran dengan perkhidmatan penyelenggaraan percuma untuk dua tahun pertama atau sehingga 40,000 kilometer.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…
Berita Global
Kilang tersebut mempunyai kapasiti untuk memasang sebanyak 20,000 unit EV setahun dan ia akan…
Berita Global
Biarpun dalam keadaan cuaca sejuk negatif 7°C, EV yang menggunakan platform CIIC ini masih lagi…