Netizen gesa polis tahan abang sado tunjal kepala pemandu wanita

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tular di media sosial hari ini apabila sebuah video menunjukkan insiden yang melibatkan seorang lelaki menunjal kepala seorang pemandu wanita.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut komen, kejadian tersebut berlaku di laluan Cameron Highlands turun menghala ke Tapah.

Difahamkan pentengkaran berlaku apabila lelaki tersebut tidak berpuas hati dengan pemanduan wanita terbabit lalu memberhentikan kenderaan dan mengetuk cermin kereta mangsa dengan kuat.

Melalui video tersebut, lelaki yang memandu Proton Persona itu berang apabila pemandu wanita yang memandu Perodua Myvi itu memotong keretanya di jalan tersebut.

Wanita tersebut kemudian menurunkan cermin keretanya sebelum dimaki dan dimarahi lelaki berkenaan dengan pelbagai kata-kata kesat.

Melalui video tersebut, lelaki itu turut menggugut untuk mencederakan mangsa dan penumpangnya.

Tidak cukup dengan itu juga, lelaki itu mula bertindak fizikal dengan menunjal dahi mangsa apabila wanita itu cuba menerangkan situasi yang berlaku.

Menurut MalaysiaGazette, laporan polis telah dibuat berkaitan kejadian tersebut.

 

Sumber: MalaysiaGazette

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Katanya, nombor pendaftaran kenderaan terbabit ialah JNA 2863, JVS 2930, MBG 4188, RAM 3334,…
Berita Domestik
Selaras dengan reputasinya, king Myvi baru-baru ini sekali lagi cuba mempertahankan takhtanya namun…
Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M. Kumarasan berkata,…