Ni Hsin EV dapat kelulusan VTA JPJ, pasarkan skuter elektrik TailG tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Pendatang baharu di dalam segmen skuter elektrik di Malaysia, Ni Hsin EV Tech dalam satu kenyataan memaklumkan mereka telah menerima Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) daripada JPJ untuk memasarkan dua model motosikal elektrik EBIXON.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Difahamkan, NH EV Tech telah memeterai Perjanjian OEM dengan Dongguan Tailing Motor Vehicle Co Ltd (TAILG) untuk memasang motosikal elektrik di Malaysia pada 23 Mac yang lalu.
 

EV


Di bawah perjanjian OEM ini, TAILG akan membekalkan komponen, alat ganti dan perisian manakala NH EV Tech pula akan memasang, menguji, menjalankan kawalan kualiti serta pentauliahan model tersebut di Malaysia.

Terdapat dua buah model yang bakal ditawarkan untuk permulaan, iaitu TAILG Bold dan TAILG Torq untuk kegunaan peribadi dan komersial, di mana kedua-dua model itu akan dipasang di kilang di Seri Kembangan, Selangor bermula November ini.

Pihak NH EV Tech menyasarkan penjualan kira-kira 50,000 unit motosikal elektrik EBIXON di Malaysia dan pasaran ASEAN untuk tempoh tiga tahun akan datang.
 

EV


Spesifikasi tidak didedahkan buat masa ini, namun kedua-dua model tersebut menyokong sistem bateri berkembar yang boleh ditukar, menawarkan jarak gabungan sehingga 200 km.

Selain boleh dicas menggunakan soket kuasa domestik, bateri ini juga boleh ditukar di stesen bateri yang akan dibangunkan kelak.

Berita Berkenaan

Pelancaran
TAILG EBIXON BOLD dikategorikan untuk kegunaan peribadi, manakala TAILG EBIXON TORQ pula…