Khusus untuk mereka yang mahu mendapatkan MINI Countryman SE, program baharu daripada MINI Malaysia ini menawarkan kadar faedah serendah 0% (berdasarkan Straight Line Financing), bayaran bulanan bermula dari RM2,678 dan lanjutan jaminan terhadap Bateri Bervoltan Tinggi selama lapan tahun.
Selain daripada itu, pemilik baharu MINI Countryman SE yang mendapatkan program 4-Year MINI Service and Repair Inclusive (MSRI) layak mendapat tambahan satu tahun secara percuma.
Penawaran daripada MINI Malaysia ini hanya sah sehingga 31 Mac 2021, dan turut menawarkan penjimatan bagi para pemilik model-model MINI yang lain seperti MINI 3 Door, MINI 5 Door, MINI Clubman, dan MINI Countryman.
Untuk menyemak senarai penuh model dan penawaran yang diberikan menerusi program baharu ini, sila layari https://www.mini.my/sstsavingsspree