Nikmati teknologi tayar Goodyear dan menang sebuah Mercedes-Benz

oleh Firdaus Razani|
Syarikat tayar berteknologi, Goodyear Malaysia, bangga mengumumkan pelancaran Kempen terbaharu “Win A Car”, yang menawarkan hadiah sebuah kereta mewah Mercedes-Benz sambil nikmati teknologi tayar.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Melalui kempen eksklusif ini, pelanggan yang membeli dua atau lebih tayar berukuran 17” dan ke atas akan berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Mercedes-Benz dan hadiah iPhone 15 untuk dimenangi setiap dua minggu.

Untuk mengambil bahagian, pelanggan boleh mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:

Langkah 1: Beli dua atau lebih biji tayar Goodyear berukuran 17” dan ke atas dari mana-mana kedai Goodyear yang mengambil bahagian atau Kedai Rasmi Goodyear Malaysia di Lazada, Shopee atau baucar Goodyear Grab (SNPL).

Langkah 2: Daftar dan sertai melalui pautan pendaftaran di goodyear2024.co

Penyertaan dibuka sekarang sehingga 31 Oktober 2024.

 

goodyear

 

Untuk memenuhi keperluan pengguna, Goodyear terus membangunkan tayar berkualiti tinggi seiring dengan teknologi masa kini, ini dibuktikan melalui tiga ciri teknologinya iaitu Goodyear 3 Kualiti Yang Unggul.

Tayar Goodyear Assurance MaxGuard diuji dan terbukti Lebih Kuat, Lebih Selamat dan Mampan berbanding pesaingnya, membuktikan bahawa tayar Goodyear datang dengan 3 Kualiti Yang Unggul.

3 Kualiti Yang Unggul menawarkan ciri tayar yang lebih kuat dengan teknologi DuraGuard yang kalis pancit dengan karkas sehingga 23 peratus lebih kuat berbanding persaingnya.

Selain itu, ciri keselamatan dengan Teknologi ActiveGrip direka untuk sebarang keadaan jalan raya supaya tayar boleh berhenti dengan anggaran sehingga 3.3meter, memastikan jarak brek yang lebih pendek.

Ia diuji berdasarkan ujian yang dilakukan pada jalan basah pada Goodyear Assurance MaxGuard berbanding pesaingnya.

Terakhir, dengan teknologi Last-Pro, tayar dapat tahan satu tahun lebih lama dimana ia bakal beri manfaat untuk pemandu dan alam sekitar dan juga boleh tahan 1 tahun lebih lama (>40,000 km) berbanding dengan brand lain.

Ia terbukti berkesan tahan lebih lama berdasarkan ujian Goodyear Assurance MaxGuard SUV treadwear berbanding persaingannya.

 

Goodyear

 

Untuk menambah ketenangan pada pelanggan, dengan pembelian mana-mana tayar Goodyear, pelanggan layak untuk mendapat Waranti Worry Free Assurance (WFA).

Waranti komprehensif ini menawarkan satu tahun jaminan road hazard untuk melindungi pelanggan daripada kerosakan tayar akibat kerosakan atau keadaan jalan raya.

Pelanggan juga akan mendapat pemeriksaan keselamatan tayar secara percuma sebanyak dua kali dan jaminan 5 tahun untuk sebarang ketidaksempurnaan pada tayar yang dibeli.

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen “Win A Car”, sila layari https://www.goodyear.com.my/offer/2024-win-a-car-promo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…