Nilai jualan semula kereta pra-milik Hyundai meningkat!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tempoh lima tahun terakhir, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melihat nilai jualan semula kenderaan terpakai Hyundai meningkat selari dengan peningkatan permintaan terhadap kereta pra-milik Hyundai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Urusan HDSM, Low Yuan Lung menjelaskan, persepsi terhadap kereta Hyundai sebelum ini telah terpadam, di mana para pemilik kereta Hyundai kini berjaya memperoleh nilai jualan semula yang jauh lebih baik, malah kini menghampiri pesaing-pesaing dari jenama Jepun.

"Harga jualan model Hyundai berusia lima tahun dengan model pesaing dari Jepun kini tidak menunjukkan perbezaan yang ketara, sama juga halnya dengan susut nilai yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak selepas lima tahun, iaitu sebanyak 10 peratus per tahun.

Menerusi program kenderaan pra-milik Hyundai Promise yang dilancarkan sebelum ini, HSDM menyaksikan kesemua model pra-milik Hyundai yang disenaraikan telah pun habis terjual.

Hyundai Promise menjanjikan kesemua model pra-milik yang dijual datang dengan kelengkapan dan alat ganti yang tulen, serta bebas daripada kemalangan major bagi menjamin ketenangan minda untuk setiap pemilik dan bakal pembeli.

Setiap kenderaan pra-milik juga didatangkan dengan lanjutan jaminan bermula dari dua hingga lima tahun bergantung kepada usia kenderaan dan jarak perbatuan.

Malah, sesetengah unit yang dijual masih lagi datang dengan pakej penyelenggaraan servis percuma.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli, menukar beli, atau menjual kenderaan di Hyundai Promise boleh menghubungi Sime Darby Auto Selection (https://www.simedarbyautoselection.com.my), atau dengan menghubungi talian berikut:
Sime Darby Auto Selection - 03-4065 2502
Jasmine Teh (Hyundai Ara Damansara) - 012-2887830
Karen Hong (Hyundai Old Klang Road) - 012-205 8598

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan pelbagai elemen pantas diwujudkan pada model tersebut, tidak menghairankan apabila 911 S/T…
Berita Global
Disebabkan populariti SUV off-road itu, Toyota dilaporkan mengenakan syarat baharu kepada para…