Ninja 7 Hybrid/HEV - superbike hibrid dengan gear auto dari Kawasaki!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kawasaki sudah melancarkan dua motosikal hibrid sebelum ini, model Ninja e-1 dan Z e-1.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Kali ini, ia bakal melancarkan satu lagi model hibrid, Ninja 7 Hybrid/HEV dengan enjin 415cc kembar selari yang menggunakan transmisi yang membolehkan penunggangnya menukar gear secara automatik atau manual.
 

ev


Seperti kereta, Ninja 7 Hybrid dilengkapi dengan sebuah bateri 48V yang diletakkan di tengah-tengah kerangka trellis untuk keseimbangan berat yang optimal.

Bateri itu memberikan tenaga kepada motor elektrik sehingga 12hp, menjadikan tenaga maksimum Ninja 7 Hybrid ini sebanyak 69 hp - hampir sama dengan sebuah motosikal dengan enjin 600-700cc tetapi penggunaan bahanapi seperti sebuah motosikal 250cc.
 

ev


Fungsi e-boost pula memberikan kuasa pecutan seperti sebuah motosikal dengan enjin 1,000cc. Tiga mod penunggangan diberikan - Sport-Hybrid, Eco Hybrid dan EV (elektrik sepenuhnya). Mod EV itu akan mempunyai batasan kelajuan dan jarak, dan Kawasaki berkata ia sesuai untuk digunakan di kawasan kediaman atau di kawasan parkir kerana ia senyap. 

Pastinya akan ada "bunyi amaran" kerana jika tidak, superbike hibrid ini bakal digunakan oleh peragut kerana tanpa sebarang bunyi, ia boleh menghampiri mangsa tanpa disedari.
 

ev


Kawasaki akan memulakan jualan Ninja 7 Hybrid ini di Eropah bermula pada suku kedua tahun 2024. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…