Ninja ZX10R langgar pembahagi jalan, YouTuber India maut

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Seorang YouTuber terkenal di India, Agastay Chauhan maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya melanggar pembahagi jalan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Kejadian itu berlaku di KM 47 Yamuna Expressway semasa Agastay dalam perjalanan dari Agra ke Delhi.

Agastay yang baru berusia 25 tahun itu terkenal di India melalui saluran YouTube dengan lebih dari 1.2 juta pengikut, dimana dia sentiasa berkongsi video mengenai kembara dan kehidupan bermotosikalnya.

 

2

 

Menurut laporan, Ninja ZX10R ditunggangnya melanggar pembahagi jalan semasa cubaan untuk mencapai kelajuan 300 kmj, menyebabkan dia hilang kawalan dan terbabas.

Impak pada kelajuan tinggi itu menyebabkan topi keledarnya berkecai, dan mengakibatkan kecederaan maut, Agastay dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaannya di tempat kejadian.

 

Sumber: The Times of India

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata dua mangsa yang…
Berita Domestik
“Konvoi itu bukan dengan mana-mana VIP, ia adalah raptai untuk Le Tour de Langkawi (LTdL). "Itu…
Berita Domestik
"Berdasarkan analisis terperinci berkaitan kumpulan umur, kebanyakan kemalangan maut membabitkan…