NIO ET9 2025 - EV SEDAN CROSSOVER PALING BERTEKNOLOGI TINGGI

oleh Firdaus Razani|
Sebuah lagi syarikat pembuat kenderaan elektrik (EV) dari China iaitu Nio baru-baru ini memperkenalkan model terbaharu mereka yang paling maju dari segi teknologi dan juga paling mahal iaitu Nio ET9 Flagship.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Harga yang diperkenalkan untuk model tersebut adalah 800,000 yuan (RM518,000) di pasaran China, Nio ET9 juga mempamerkan teknologi paling maju setanding dengan EV baharu seperti Lucid Air Sapphire dan Tesla Cybertruck.

 

nioet9

 

Model ET9 menyokong pengecasan pantas 600kW, sistem casis pintar “SkyRide” yang menampilkan steer-by-wire serta stereng roda-belakang, cip ADAS baharu Nio, sistem pengendalian SkyOS dan banyak lagi.

Sistem pengendalian SkyOS tersebut membolehkan pemandu melaraskan kawalan kenderaan, pemanduan pintar, kokpit dan ciri sambungan mudah alih.

Nio ET9 menggunakan gaya badan crossover sedan fastback yang tinggi berukuran 5,324 mm panjang, 2,017 mm lebar dan 1,610 mm tinggi, dengan jarak roda yang besar hampir 3,251 mm.

 

nioet9

 

Dari sudut penggayaan, ia mengguna pakai bahasa penggayaan Landjet Nio yang dikongsi dengan model sedia ada yang lain dan menampilkan bahagian hadapan dan belakang yang biasa dengan DRL mendatar tipis dan lampu belakang.

 

nioet9

 

Terdapat juga bumbung kaca panoramik "Sky Island" yang dibelah dua oleh panel membujur yang menyepadukan kawalan khusus bumbung dan pencahayaan.

 

nioet9

 

Dibahagian dalam kabin model ET9 ini menampilkan empat paparan besar, termasuk unit tengah 15.6 inci, dua skrin 14.6 inci untuk penumpang belakang, dan skrin 8 inci pada konsol tengah belakang.

Nio ET9 flagship ini dikuasakan oleh pek bateri 120 kilowatt jam yang terdiri daripada sel silinder besar 46105 dengan ketumpatan tenaga 292 Wh/kg dan menyokong pengecasan 5C.

Dengan pengecasan pantas, Nio ET9 boleh menambah jarak sejauh 254km untuk pengecasan selama lima minit dan boleh ditukar dalam masa tiga minit dengan pek yang dicas penuh di NIO's Power Swap Stations.

 

nioet9

 

Sehingga kini, tiada anggaran jarak gerak telah didedahkan lagi oleh jenama model tersebut.

Ciri pintar Nio ET9 dikuasakan oleh platform pengkomputeran super Adam 2.0, termasuk cip gred automotif 5nm pertama syarikat untuk pemanduan autonomi dan merupakan tulang belakang untuk enam bidang utama seperti pemanduan pintar, kokpit digital, casis pintar, badan kenderaan, e-powertrain dan ‘cloud’.

 

nioet9

 

Nio ET9 memberikan pengalaman pemanduan "sama seperti mengembara di atas permukaan rata" dalam keadaan jalan yang mencabar, dan mendakwa ET9 adalah kereta pertama di dunia dengan casis dipandu sepenuhnya oleh wayar atau "driven-by-wire".

Nio ET9 sudah tersedia untuk tempahan di China, tetapi penghantaran tidak akan bermula sebelum suku pertama 2025.

 

SUMBER : InsideEVs