NIO mahu cabar Toyota, VW dengan jenama baharu

oleh Mohamad Hanif|
Setelah berjaya 'mencabar' kedudukan BMW dan Audi di dalam segmen premium, NIO baru-baru ini mengumumkan perancangan untuk menguasai pasaran kebanyakan yang dipegang oleh Toyota dan juga Volkswagen.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Serentak dengan itu, NIO mahu mencipta satu jenama baharu untuk pasaran yang lebih mampu milik, serta model kenderaan elektrik yang jauh lebih murah berbanding Tesla, menurut laporan Reuters.

Ketua eksekutif NIO, William Li menjelaskan, "hubungan antara NIO dan jenama baharu ini bolehlah diibaratkan seperti Audi-Volkswagen, serta Lexus-Toyota," selain menambah mereka turut menubuhkan pasukan khas untuk mengetuai jenama baharu itu.

"Kami mahu menawarkan produk yang lebih baik, serta perkhidmatan pada harga yang lebih rendah berbanding apa yang ditawarkan oleh Tesla.

Tambah beliau lagi, jenama baharu itu tidak akan bersaing secara terus dengan Wuling Hong Guang MINI EV yang dibangunkan oleh GM dan juga SAIC.
 

NIO


Prestasi NIO pada tahun ini mencatatkan peningkatan lebih dua kali ganda, di mana dalam tempoh April hingga Jun mereka berjaya mengedarkan 21,879 unit kenderaan berbanding 10,331 unit untuk tempoh yang sama tahun lalu.

NIO dijangka akan menambah model baharu dimulakan dengan sedan ET7 dan diikuti dengan dua buah model lagi pada tahun hadapan.

Li walaubagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci berhubung pelancaran jenama baharu itu, serta bentuk model sulung yang bakal diperkenalkan kelak.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali…
Berita Global
CYVN Holdings, syarikat pelaburan itu akan membeli 294 juta saham Nio yang akan dikeluarkan pada…
Berita Global
Firefly merupakan kenderaan EV ‘entry level’ dan kenderaan lebih mampu milik dibawah naungan jenama…