NIO perkenal ET7 - sedan elektrik, 644 hp, jarak operasi 1,000 km!

oleh Mohamad Hanif|
Salah sebuah daripada pengeluar automotif China, NIO telah pun melancarkan secara rasmi sedan elektrik yang dikenali sebagai ET7 dan dilihat mampu untuk mencabar pesaing di dalam segmennya seperti Tesla.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Dari segi ukuran, ia membawakan dimensi panjang 5,098 mm, tinggi 1,505 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,060 mm, jauh lebih panjang dan lebih tinggi berbanding Tesla Model S!

 


Rekaan yang dibawakan juga tidak kurang menariknya dengan kehadiran bentuk fastback yang menjadi trend masa kini, struktur lampu utama berlapis, DRL yang nipis, lampu belakang 'heartbeat' serta rekaan bumbung kaca berlapis.

Malah, NIO mendakwa sedan ini mempunyai kadar pekali seretan (drag coefficient) serendah 0.23 sahaja.

Unit trenkuasa elektrik pula terdiri daripada motor elektrik yang mampu menghasilkan 644 kuasa kuda dan 850 Nm, memudahkan pecutan 0-100 km/j sepantas 3.9 saat sahaja.

 


Sementara pek bateri pula ditawarkan dalam beberapa kapasiti serta jarak operasi seperti berikut:

  • 70 kWh - 500 km
  • 100 kWh - 700 km
  • 150 kWh - 1,000 km

Sementara di dalam ruang kabin yang serba minimalis itu menampilkan skrin paparan bersaiz 10.2 inci (kluster digital) dan skrin sentuh infotainmen 12.8 inci yang dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon yang menyokong sambungan 5G, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2 dan teknologi V2X (vehicle-to-everything).

 


NIO juga turut membangunkan sebuah pakej pertukaran bateri yang ditawarkan dinamakan sebagai Power Swap Station 2.0 yang didakwa merupakan stesen penukaran bateri terpantas di dunia.

Hanya dalam masa 3 minit sahaja, sistem ini mampu menukarkan pek bateri secara automatik sepenuhnya, dan tidak memerlukan bantuan daripada pemandu.

Setiap stesen mampu menempatkan sehingga 13 unit pek bateri dan mempunyai keupayaan untuk melakukan sehingga 312 pertukaran bateri untuk sehari.

Power Swap Station 2.0 juga amat kompak, di mana ia hanya mengambil ruang sebesar 3 ruang parkir sahaja.

NIO turut mensasarkan penambahan stesen pertukaran pek bateri ini sehingga 500 buah menjelang akhir tahun 2021.

 


Menurut pengasas NIO William Li menjelaskan, sedan ET7 ini mampu menjalankan sistem pemanduan autonomi yang boleh dilanggan pada harga bermula $105/bulan (RM423 per bulan) yang terdiri daripada kamera 8 megapiksel, dan cip pemprosesan Nvidia yang mampu bekerja tujuh kali lebih pantas berbanding sistem Tesla.

Selain daripada itu, NIO ET7 ini turut menampilkan penderia Lidar yang terdiri daripada laser 1,550 nanometer, medan penglihatan seluas 120 darjah dan jarak merangkumi sehingga 500 meter yang mampu memfokuskan kepada pengesanan objek dengan kadar ketepatan diukur dalam unit milimeter.

Terdapat sehingga 33 unit pengesanan yang dipasang pada sedan ini, terdiri daripada radar bergelombang 5 mm, 12 penderia ultrasonik dan 2 unit pengesan kedudukan bertepatan tinggi.

 


Untuk pasaran China, harga jualan untuk sedan ET7 bermula dari 378,000 yuan (RM236,367), namun unit ini tidak disertakan dengan pek bateri dan anda perlu menyewanya daripada pengeluar.

Bagi mereka yang terlajak kaya, NIO ET7 yang lengkap dengan pek bateri bermula dari 448,000 yuan (RM280,138).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara kasarnya, ia dilihat membawakan rekaan yang hampir serupa dari segi luar dan dalaman dengan…