Nippon Steel saman Toyota dari hasilkan EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat pembuat besi Jepun, Nippon Steel memohon perintah mahkamah untuk menghentikan Toyota dari membuat kenderaan elektrik (EV) atas alasan penggunaan hakciptanya.

Nippon Steel menyaman Toyota dan Baoshan Iron & Steel (sebuah syarikat pembuat besi China) kerana menggunakan rekaan kepingan besi elektrikal dalam penghasilan motor elektrik untuk EV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Syarikat besi Jepun itu mendakwa produk mereka - "nonoriented electrical steel sheet" mampu menjadikan motor elektrik boleh berputar dengan tenaga yang lebih rendah dengan mengubah ketebalan dan komposisi besi yang digunakan.

Nippon Steel menyaman Toyota dan Baoshan sebanyak 20 billion yen setiap seorang sebelum ia meminta mahkamah Tokyo untuk menghalang Toyota dari membuat dan menjual kenderaan elektrik.

Nampaknya ini bukan kali pertama Nippon Steel menyaman pihak ketiga berkaitan dengan produk kepingan besi. Dalam tahun 2012, ia pernah menyaman syarikat pembuat besi Posco dari Korea Selatan dengan alasan yang sama.

Toyota, antara pelanggan terbesar Nippon Steel berkata isu itu sepatutnya dibincangkan antara pembuat bahan-bahan dan ia sangat kesal kerana disaman.

Toyota turut menegaskan ia tidak melanggar mana-mana perintah hakcipta.

 *Laporan penuh di Nikkei Asia