NISMO Festival yang ke-22 sambut ulang tahun Nissan Fairlady Z, GT-R yang ke-50!

oleh Mohamad Hanif|
Sementara kita menunggu berita gembira daripada pengeluar yang sinonim dengan jenama kereta pantas, Nissan ingin mengingatkan kepada anda sambutan ulang tahun yang ke-50 bertempat di Fuji Speedway, Jepun tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dijadualkan berlangsung pada acara tahunan NISMO Festival yang ke-22 pada 8 Disember ini, Nissan juga ingin meraikan dua plet nama yang berjaya menaikkan nama Nissan di mata peminat - Fairlady Z dan GT-R.

 


Antara yang bakal dipamerkan termasuklah jentera KPGC10 Hakosuka Skyline 2000 GT-R yang berjaya memenangi JAF GP 1969; kereta lumba lagenda Nissan Skyline GT-R BNR32 dan jentera lumba GT-R Super GT 2019. 

Tidak ketinggalan, barisan model Fairlady yang dihasilkan khusus untuk pelbagai format perlumbaan - rali sehinggalah kepada jentera lumba litar. 

 


Jentera yang kini mendukung visi dan falsafah Nissan Intelligent Mobility juga bakal dipamerkan pada NISMO Festival, termasuklah kereta lumba Formula E dan Nissan LEAF NISMO RC yang dilayangkan liveri diinspirasikan daripada rekaan kimono. 

Menurut laman web Nissan Global, pelumba-pelumba handalan juga akan hadir bagi memeriahkan suasana seperti Masahiro Hasemi, Kazuyoshi Hoshino, Masahiko Kondo,Haruto Yanagida, Takao Wada, Toshio Suzuki, Satoshi Motoyama, Tsugio Matsuda, Ronnie Quintarelli, dan pelumba-pelumba yang lain. 
 


Untuk anda yang berminat terbang ke Jepun pada minggu hadapan, tiket kemasukan boleh dibeli menerusi laman web Nismo pada harga bermula 2,000 yen (RM76), atau membelinya pada hari acara berlangsung dengan harga 2,500 yen (RM95).

Fi parkir pula dikenakan sebanyak 1,700 yen (RM65) untuk kereta dan 900 yen (RM34) untuk motosikal.


 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut satu siaran media yang dikeluarkan baru-baru ini, Nissan dan NISMO membuat keputusan untuk…
Berita Global
Malah, Thailand selaku negara pertama yang menganjurkan motorshow pasca COVID-19 turut mengambil…