NISMO Heritage hasil ekzos titanium baharu untuk model lama GT-R

oleh Mohamad Hanif|
Nissan sebelum ini telah melancarkan program restorasi Nismo Heritage yang menawarkan lebih daripada 80 komponen alat ganti untuk model Skyline GT-R R32, dan lebih daripada 300 alat ganti untuk model-model R32, R33 dan R34.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, Nissan meluaskan lagi penawaran tersebut dengan menawarkan sistem ekzos baharu untuk ketiga-tiga model GT-R tersebut.

Menurut Nissan, sistem ekzos untuk ketiga-tiga model R32, R33 dan R34 itu diperbuat daripada titanium dan menggunakan warna hitam salutan seakan berlian (DLC) bagi mengurangkan perubahan warna akibat kepanasan.
 

NISMO


Sistem baharu ini juga mampu mengurangkan tekanan ekzos, menjadikan output meningkat sebanyak 7 peratus, selain mempunyai berat 12.5 kg lebih ringan berbanding produk asal.

Tambah Nissan lagi, sistem ekzos titanium ini boleh dimuatkan pada semua model R32 dan R34, sementara model R33 hanya dihadkan kepada model dua pintu sahaja.

Harga jualan bermula dari ¥726,000 (RM26,800) untuk model R32 dan R33, manakala untuk R34 sedikit mahal, ¥737,000 (RM27,207).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi program khas Nismo Heritage Parts yang dilancarkan pada tahun lalu untuk model Nissan…