NISMO lancar program restorasi Skyline GT-R - kondisi macam baru keluar kilang!

oleh Mohamad Hanif|
Di bawah Heritage Program yang telah dilancarkan sebelum ini, NISMO telah memperkenalkan inisiatif restorasi terbaharu bagi model Nissan Skyline GT-R yang membenarkan pemilik membina semula kenderaan mereka seakan seperti keluar dari kilang!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut NISMO, program ini bukan sahaja bertujuan untuk memastikan kereta beroperasi dengan baik atas jalan raya, akan tetapi ia bertujuan untuk mengembalikan semula kondisi kereta seperti sedia kala, lengkap dengan binaan semula aspek mekanikal, elektrikal, serta penampilan luar dan dalam.

NISMO turut memperlihatkan contoh restorasi yang telah dijalankan terhadap sebuah model Nissan Skyline GT-R R32, di mana segala panel, alat dan komponen telah dibuka dan dicabut daripada kerangka unibodi yang kini menunjukkan usia asalnya ketika keluar dari kilang Musashiramurayama 30 tahun yang lalu.

 


Daripada situ, ia akan dianalisis mengikut spesifikasi asal dengan menggunakan alat pengukuran tiga dimensi, dan segala kerosakan seperti lekukan dan karat akan dirawat semula, termasuklah proses rendaman electrodeposition sama seperti ia mula-mula dipasang.

Salah satu proses penting yang dilakukan oleh NISMO adalah proses mengukur tahap kekakuan kilasan (torsional rigidity) yang biasanya tidak dibuat di kedai restorasi, di mana casis itu tadi akan diuji bagi memastikan ia menepati piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dihantar ke kilang cat.

Sementara itu, enjin asal RB26DETT akan dirombak semula, dan dimesin mengikut keperluan sebelum dipasang kembali mengikut spesifikasi asal, atau mengikut 'nasihat' talaan NISMO.

 


Komponen lain seperti transmisi, transfer case, aci pemacu dan differential akan diperiksa sebelum dibina kembali, overhaul ataupun digantikan dengan komponen baharu, begitu juga dengan sistem pendawaian, ECU, suspensi, brek, stereng, pendingin hawa dan cagak yang berkaitan.

Untuk ruang dalaman, pemilik mempunyai pilihan untuk mengekalkan penggunaan upholsteri yang lama, atau menggantikannya dengan yang baharu, sama seperti apa yang dipasang pada R35 pada ketika ini.

Jika mereka mahu kekal dengan kabin original, NISMO akan membaiki, dan membersihkan upholsteri asal, ini kerana ia kini tidak lagi ditawarkan akibat perubahan regulasi kalis api yang tidak sama seperti 30 tahun yang lalu.

 


Akhir sekali, kereta yang sudah siap direstorasi akan menjalani ujian dyno dan penguji NISMO akan memandu uji kereta tersebut melalui ujian yang berbeza untuk memastikan aspek seperti respons stereng, prestasi mengambil selekoh, kestabilan, olengan badan, serapan hentak, NVH dan sebagainya.

Secara keseluruhan, terdapat 12 ujian prestasi dan 9 ujian keselesaan dijalankan oleh NISMO sebelum kereta tersebut dibenarkan keluar dari kilang NISMO.

Pemilik Nissan Skyline GT-R yang telah direstorasi itu akan menerima dokumentasi laporan penuh berkenaan segala komponen yang telah digantikan, nombor alat ganti, serta penemuan yang didapati ketika proses pengujian dijalankan.

Setiap Skyline GT-R dibawah program ini tertakluk dengan jaminan selama satu tahun dariapda tarikh penghantaran, atau jarak perbatuan 20,000 km.

 


Menurut NISMO, proses restorasi sesebuah kenderaan mampu memakan masa sekurang-kurangnya enam bulan sehingga satu tahun, bergantung kepada kondisi, serta opsyen yang dipilih oleh pemilik, dengan bayaran minima bermula dari ¥45 juta (RM1.75 juta).

Sumber: Japanese Nostalgic Car

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…