Nissan 370Z 50th Anniversary Edition - tribut kepada jentera lumba 240Z BRE

oleh Mohamad Hanif|

Lima puluh tahun yang lalu, Nissan membawa masuk model ikonik Fairlady Z atau lebih dikenali dengan kod nama Datsun 240Z ke pasaran Amerika Syarikat. 

Lima puluh tahun yang lalu, Nissan merupakan antara perintis pengaruh kereta sports Jepun yang murah dan dipercayai di Amerika Syarikat. 

Dan lima puluh tahun yang lalu jugalah, 240Z bernombor #46 menjadi jentera lumba yang berjaya mendominasi perlumbaan SCCA pada awal tahun 1970-an menerusi pasukan Brock Racing Enterprises (BRE) dengan John Motron selaku pelumba. 
 


Oleh sebab itu, Nissan memberikan penghormatan kepada jentera BRE 240Z dengan membawakan Nissan 370Z 50th Anniversary Edition - lengkap dengan liveri ikonik warna dua tona pasukan itu. 

Liveri BRE itu didatangkan dalam dua pilihan iaitu putih dengan elemen merah dan perak dengan elemen hitam. 

Selain daripada liveri, pelekat dan lencana 50th Anniversary Edition, model edisi khas ini didatangkan dengan rim bersaiz 19 inci di keempat-empat sudut.
 


Bahagian dalaman pula menampilkan elemen 50th Anniversary pada takometer dan perehat kepala manakala roda stereng pula dibaluti dengan Alcantara. 

Nissan 370Z 50th Anniversary Edition merupakan model kelima Fairlady Z yang menerima trim ulang tahun yang dimulakan oleh Datsun 280ZX 10th Anniversary Edition (1980), diikuti oleh Nissan 300ZX Turbo (1984), Nissan 350Z 35th Anniversary Edition (2005) dan Nissan 370Z 40th Anniversary Edition (2009)
 

Berita Berkenaan

Informasi
Namun, tahukah anda rekaan Nissan Z yang terbaharu ini turut melibatkan elemen matematik Nisbah…
Berita Global
Samalah halnya dengan kereta-kereta sports lain seperti Honda Civic Type R (EK, EG, FD, FK), atau…
Berita Global
Laman web Motoring AU berjaya memperoleh sebuah ilustrasi Nissan 400Z yang dikatakan mimik brosur…