Nissan akan menghentikan 160 tenaga pekerja pejabat di UK

oleh Mohamad Hanif|
Nissan bakal menghentikan kira-kira 160 orang tenaga pekerja pejabat di Britain ditengah-tengah kemerosotan prestasi penjualan untuk memaksimumkan kecekapan sesuai dengan keadaan pasaran semasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kenyataan, Nissan kini sedang mengadakan rundingan dengan beberapa orang staff pejabat.

Minggu lalu, Nissan komited untuk membangunkan kilang bateri tersendiri di UK bagi mengelakkan tarif yang dikenakan ke atas kenderaan elektrik dibawah perjanjian perdagangan UK dengan EU.

Dalam perjanjian tersebut, sesebuah kenderaan perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 55 peratus bahan yang diperoleh daripada UK atau EU untuk mengelakkan daripada dikenakan penalti.

Kilang pemasangan kenderaan terbesar di Britain itu dibuka pada tahun 1986 dan ia mampu menghasilkan hampir 350,000 unit kenderaan pada tahun 2019.

Namun, kebelakangan ini pengeluar tersebut menghadapi masalah di peringkat global, memaksa Nissan untuk mengurangkan kapasiti produksi, bilangan model serta kos operasi selain menumpukan operasi di tiga buah pasaran utama, Amerika Syarikat, China dan Jepun.

Sumber: Japan Today

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…