Nissan akui terdapat isu pemalsuan data pelepasan emisi melibatkan kesemua kilang pengeluaran di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar daripada Jepun, Nissan mengakui mereka mendapati ada kes pemalsuan data melibatkan hampir kesemua lima kilang pengeluar jenama itu di Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Isu pemalsuan data itu dikatakan berlaku ketika kebanyakan kereta baharu sedang menjalani pemeriksaan sebelum dibenarkan untuk dieksport ke luar Jepun, dipercayai data hasil ujian tersebut diubah oleh segelintir para pekerja apabila gagal mencapai keputusan yang ditetapkan. 
 

Syarikat itu mendakwa hampir 1,171 buah kenderaan didapati menjalani ujian di dalam keadaan yang meragukan. 

Isu tersebut dibangkitkan ketika sidang media yang dibuat oleh Yasuhiro Yamauchi, insan yang bertanggungjawab menjaga kilang pembuatan serta bahagian R&D Nissan. 

Pendedahan ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada Nissan di dalam usaha mereka untuk meraih kembali kepercayaan para pelanggan terhadap jenama itu. 

Tahun lalu menyaksikan terdapat laporan yang menyebut Nissan telah membenarkan pegawai-pegawai yang tidak bertauliah untuk melakukan pemeriksaan tahap kualiti terhadap kenderaan jenama Nissan.

Sumber: Nikkei Asian 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan merupakan perintis kenderaan elektrik (EV) dengan Leaf berkuasa bateri, tetapi telah diatasi…
Berita Global
Jurutera syarikat Mitsubishi Logisnext berkata, beliau menerima banyak pertanyaan mengenai forklift…
Berita Global
Motosikal khusus untuk latihan lesen itu akan dikenali sebagai NX400L, di mana ianya bakal…