Nissan Almera boleh capai 2.2 liter/100 km!

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi kempen Nissan Almera Turbo Fuel Efficiency Charity Drive yang berakhir baru-baru ini, para pemilik sedan segmen B itu telah berjaya menghantarkan rekod penggunaan bahan api masing-masing dengan jumlah perjalanan terkumpul sejauh 12,841 km.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan para pemilik Nissan Almera 1.0L Turbo untuk membuat impak positif terhadap kehidupan mereka yang terjejas disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Kempen bersifat pemanduan amal ini berjaya mengumpulkan kira-kira RM12,841.00 dan amaun tersebut akan didermakan kepada beberapa badan kebajikan yang akan diumumkan kelak.

Daripada kempen yang dianjurkan tersebut, seorang pemilik Almera 1.0L Turbo, Mohd Fikri bin Mohamed Kamal telah berjaya muncul sebagai juara dengan kadar kecekapan bahan api serendah 2.2 liter untuk setiap 100 km (49.5km/liter).
 

No.

Nissan Almera 1.0L Turbo Owners

Best FE Result (KM/L)

1

Mohd Fikri Bin Mohamed Kamal

49.5

2

Emelyne Bani Anak Jam

49.2

3

Chong Rui Yang

48.2

4

Muhammad Akmalhakim Bin Abu Hassan

46.2

5

Sheariq Sani Bin Abdullah Sani

46

6

Muhammad Firdaus Bin Abdul Razak

44

7

Muhammad Afiq Bin Adnan

43.8

8

Mohd Zulkhairi Bin Said

43.1

9

Parasuraman A/L Renganathan

40.6

10

Chan Wei Quan

40

11

Siti Nur Atikah Binti Rahim

36.1

12

Noorrita Binti Mat Noor

35.3

13

Kiew Keat Lim

34.7

14

Mohd Rozaidi Bin Ismail

33.3

15

Nur Adhiraa Binti Khairuddin

31.3

16

Zainal Abidin Bin Ahmad

29.4

17

Anas Bin Ahmad

29.2

18

Mohd Syukry Bin Azmi

29.1

19

Mohd Azaley Bin Yahya

28.6

20

Nur Afifi Bin Sabar

28.4


20 pemenang pertama akan menerima hadiah eksklusif berupa Lego Nissan GT-R sementara 30 pemenang seterusnya akan mendapat beg edisi khas Nissan Duffle.

ETCM turut mengumumkan peraduan All-New Nissan Almera Test Drive & Win di mana 50 pelanggan bertuah akan menerima baucer WATSONS bernilai RM25,000 (RM500 setiap satu) apabila mereka memandu uji Nissan Almera di mana-mana pusat pameran sah.

Selain daripada itu, pelanggan juga boleh menikmati kadar faedah menarik 1.88 peratus dengan setiap pembelian Nissan Almera 1.0L Turbo (bermula dari RM79,906), Nissan Navara 2.5L (dari RM116,900), Nissan X-Trail (dari RM139,643) atau Nissan Serena S-Hybrid (RM140,226).

Setiap pembelian didatangkan dengan aksesori berikut:

  • pakej aksesori Urban percuma bernilai RM5,500 (Almera)
  • pakej aksesori Premium percuma bernilai RM10,150 (Navara)
  • pakej Aero Edition bernilai RM5,000 (X-Trail)
  • pakej penyelenggaraan percuma tiga tahun termasuk kos alat ganti dan upah (Serena S-Hybrid)