Nissan Almera Fuel Efficiency Charity Drive salur dana bantu mangsa banjir

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan bagi membantu komuniti yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sumbangan wang yang sebahagiannya diperoleh menerusi kempen Nissan Almera Turbo Fuel Efficiency Charity Drive itu akan digunakan untuk usaha pemulihan pasca banjir, termasuk membeli barangan keperluan, makanan, barangan kebersihan diri, serta kerja-kerja pembersihan dan membaiki rumah yang rosak teruk.

Sebanyak RM20,000 telah disumbangkan bagi meringankan beban mangsa banjir, di mana RM10,000 daripadanya akan disumbangkan kepada Pusat Jagaan Baitul Hidayah, diikuti oleh Rumah SVP Klang dan Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Klang Utama Caring Home yang masing-masing menerima RM5,000.

Dalam pada itu, ETCM turut meminjamkan sebanyak enam unit kenderaan kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan MITI, terdiri daripada lima unit Nissan Navara dan sebuah Nissan Serena untuk kegunaan bantuan mangsa banjir dan program vaksinasi.

Sebanyak dua unit Nissan Navara dihantar kepada program prihatin MITI di Ulu Langat, manakala satu unit lagi dihantar kepada The HOPE Branch. Sementara MERCY Malaysia pula menerima dua unit Nissan Navara dan sebuah Nissan Serena.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tambahan pakej itu memberikan kedua-dua varian tersebut rupa yang lebih lasak dan agresif, di mana…
Berita Domestik
Ia menggabungkan identiti korporat Nissan dengan logo Nissan yang terkini bertujuan untuk…
Berita Domestik
Antara promosi utama ialah model Nissan X-Trail Black Edition yang didatangkan dengan pakej…