Nissan Altima (Teana) 2023 diperkenal di AS! Enjin 2.0L turbo dan 2.5L n/a

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Altima 2023
Nissan Altima 2023
Nissan Altima generasi keenam dengan wajah baharu telah diperkenal di Amerika Syarikat pada 9 Jun lalu. Altima mungkin kedengaran asing di negara kita kecuali disebut Teana.

Untuk makluman, Nissan tidak menawarkan Teana di pasaran tempatan selepas model generasi ketiga (L13) termasuk di negara jiran Thailand dan Indonesia.

Altima generasi keenam dikeluarkan pada tahun 2018 dan versi wajah baharu ini adalah lanjutan kepada model tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Wajah Altima SR yang agresif!

 

Nissan Altima 2023

 

Altima sedia ada sudah pun menarik dan model 2023 diserlahkan dengan gril V-Motion yang terkini. 

Altima SR tampil dengan kemasan gril hitam krom selain rekaan gril yang berbeza daripada varian lain. 

Bentuk lampu depan kekal sama kecuali nyalaan LED yang kini menjadi ciri standard. 

Roda pula cantik dengan corak baharu dan berbeza saiz iaitu 17 inci untuk Altima SV dan 19 inci bagi Altima SR, SL dan SR VC-Turbo.

 

Nissan Altima 2023

 

Bahagian dalam mempunyai kemasan panel instrumen baharu dengan paparan HD berwarna saiz 12.3 inci yang menggantikan paparan saiz 8 inci sebelum ini.

Untuk warna badan, ada dua pilihan baharu iaitu Gray Sky Pearl dan Garnett Pearl Metallic.

Warna itu tambahan kepada Scarlet Ember Tintcoat, Brilliant Silver Metallic, Gun Metallic, Super Black, Pearl White TriCoat, Glacier White dan Deep Blue Pearl.

Rangkaian kuasa, turbo dan aspirasi normal

 

Nissan Altima 2023

 

Ada dua sesaran enjin empat silinder yang ditawarkan iaitu 2.0 liter VC (Variable Compression) Turbo dan 2.5 liter DOHC.

Enjin VC-Turbo hanya ditawarkan untuk Altima SR pacuan depan sahaja (FWD) dan mempunyai kuasa 248 hp dan daya kilas 370 Nm (RON 93).

Enjin itu menggunakan kedua-dua teknologi suntikan pelbagai titik (multi-point) atau terus (Nissan Direct Injection Gasoline).

Ianya berupaya menukar nisbah mampatan di antara 8:1 untuk prestasi tinggi dan 14:1 bagi pemanduan lebih cekap.

 

Nissan Altima 2023

 

Komponen suntikan itu menggunakan sistem multi-link canggih yang secara berterusan menaikkan atau merendahkan capaian omboh bagi mengubah nisbah mampatan.

Enjin 2.5 liter pula ditawarkan untuk lebih banyak varian Altima dengan kuasa 188 hp dan daya kilas 244 Nm bagi pacuan depan.

Suatu yang menarik, Altima turut mempunyai pacuan semua roda dengan enjin 2.5 liter berkuasa 182 hp dan daya kilas 241 Nm.

Kesemua varian Altima dipadan bersama transmisi standard CVT Xtronic. Altima SR pula eksklusif dengan pedal tukaran gear.

Kawalan casis dan pacuan roda

 

Nissan Altima 2023

 

Casis Altima menggunakan suspensi bebas depan dan belakang dengan penyerap hentak belakang jenis tiub tunggal untuk respon pemanduan yang cemerlang.

Selain itu, Altima SR mempunyai suspensi dan talaan casis khas untuk pengendalian dan pemanduan lebih sporti.

Altima turut ditawarkan dengan Integrated Dynamics Module yang mempunyai dua sistem khas iaitu Active Ride Control dan Intelligent Trace Control sama seperti Nissan Maxima.

Maxima sedikit besar berbanding Altima dan merupakan sedan andalan Nissan.

 

Nissan Altima 2023

 

Sistem pacuan Intelligent All-Wheel Drive ditawarkan kepada pembeli Altima SV, SR dan SL dengan kawalan daya kilas di antara roda.

Sistem itu berfungsi dengan membahagikan daya kilas secara automatik di antara roda dari 0:100 depan atau 50:50 depan dan belakang bergantung kepada keadaan jalan dan pemanduan.

Menjadikan pemanduan lebih mantap dan seronok ialah teknologi brake limited slip differential. 

Turut dilengkapi Hill-Start Assist yang membantu ketika mula memandu di curam.

Safety Shield® 360 dan teknologi bantuan pemanduan ProPILOT

 

Nissan Altima 2023

 

Sistem Safety Shield® 360 didatangkan sebagai kelengkapan standard untuk kesemua varian Altima 2023 yang merangkumi teknologi berikut:

  • Automatic Emergency Braking with Pedestrian Detection, Rear Automatic Braking, Lane Departure Warning, radar-based Blind Spot Warning 
  • Rear Cross Traffic Alert and High Beam Assist, Intelligent Forward Collision Warning dan Intelligent Driver Alertness

Teknologi ProPILOT dan fungsi Traffic Sign Recognition dan Intelligent Around View® Monitor pula ciri standard untuk Altima SL dan SR VC-Turbo.

Pembeli Altima SV ditawarkan dengan ProPilot sebagai pilihan.

Sistem ini menggunakan gabungan kamera dan radar hadap depan, sensor dan modul kawalan elektronik bagi fungsi bantuan pengekalan laluan dan kawalan jelajah adaptif.

Lapan varian Altima!

 

Nissan Altima 2023

 

Dengan enjin turbo dan aspirasi normal, pacuan roda depan dan kesemua roda ada lapan Altima ditawarkan di Amerika Syarikat.

Altima dibahagikan kepada S FWD, SV FWD, SV AWD, SR FWD, SR AWD, SL FWD, SL AWD dan SR VC-Turbo FWD dan akan mula ditawarkan pada musim luruh tahun ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan Altima 2023

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…