Nissan Australia lancar GT-R edisi terhad T-Spec, NISMO SV

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai pengakhiran buat hayat kereta sports R35 di pasaran Australia, Nissan Australia melancarkan Nissan GT-R dengan dua edisi terhad yang boleh didapati bermula Oktober ini.

Terdahulu, Nissan mengesahkan penawaran GT-R akan ditamatkan di negara itu disebabkan ia tidak lagi menepati piawaian pelanggaran impak sisi baharu Australia.

Dua edisi terhad yang dimaksudkan itu adalah GT-R T-Spec dan GT-R Nismo SV sebagai tambahan kepada tiga varian GT-R sedia ada.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas penawaran Nissan GT-R di pasaran Australia.

 

1. Nissan GT-R Premium 2022 - AU$193,800 (RM588,391)

GT-R


Dari segi kuasa, ia membawakan enjin V6 3.8 liter VR38DETT dengan kuasa setinggi 561 hp dan 632 Nm, dipadankan dengan transmisi DCT enam kelajuan dengan tiga mod pemanduan yang boleh dipilih.

Antara kelengkapan prestasi tinggi dimuatkan termasuklah sistem brek Nissan Brembo, rim aloi tempa ringan RAYS 20 inci dibaluti tayar Dunlop SP Sport Maxx, pendakap enjin casis gentian karbon, cross member hadapan komposit karbon, sistem ekzos titanium.

Sementara ruang kabin pula mendapat kemasan kulit pada tempat duduk, skrin infotainmen lapan inci, sistem audio premium BOSE dengan 11 pembesar suara dan dua subwoofer, serta sistem Intelligent Key.

 

2. Nissan GT-R Premium Luxury - AU$199,800 (RM606,607)

Versi Premium Luxury menambah ciri tempat duduk balutan kulit semi-aniline, serta kemasan yang serupa pada roda stereng, tombol gear, papan pemuka serta panel pintu.

 

3. Nissan GT-R T-spec - AU$256,700 (RM779,359)

GT-R


GT-R versi T-spec yang baharu sahaja dilancarkan di Jepun tempoh hari kini sudah pun mendarat di pasaran Australia.

Antara kelengkapan yang dimuatkan termasuklah sistem brek Brembo dengan rotor seramik karbon (410 mm depan, 390 mm belakang), tayar Dunlop SP Sport Maxx membaluti rim aloi tempa berwarna emas, serta spoiler belakang gentian karbon.

Kemasan ruang kabin pula terdiri daripada trim eksklusif hijau gelap pada roda stereng, tombol gear, tempat duduk, serta papan pemuka, sementara alas bumbung pula menggunakan bahan Alcantara dan dikemaskan dengan suede pada tiang A.

Baca: Nissan GT-R T-Spec 2022

 

4. Nissan GT-R NISMO - AU$378,000 (RM1,147,635)

NISMO


Versi GT-R yang lebih serius, didatangkan dengan enjin GT3 VR38DETT 3.8 liter dengan kuasa setinggi 591 hp dan 652 Nm, sistem brek Brembo dengan rotor seramik karbon, serta penggunaan bahan gentian karbon yang meluas pada trunk lid, bampar depan dan belakang, side sills, spoiler belakang, dan juga bumbung.

Ruang kabin GT-R NISMO ini dihiasi dengan tema hitam merah NISMO, dengan roda stereng NISMO balutan Alcantara, serta takometer NISMO.

 

5. Nissan GT-R NISMO SV - AU$393,800 (RM1,195,605)

NISMO


Versi paling tertinggi ini didatangkan dengan bonet yang diperbuat daripada sulaman gentian karbon dan disudahi dengan kemasan salutan jernih yang mampu mengurangkan berat sehingga 100 gram.

Selain itu, ia juga mendapat rim aluminium tempa RAYS bersaiz 20 inci, serta kemasan aksen merah di sekeliling badan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada WhichCar, Nissan Z dengan spesifikasi yang paling tinggi itu didatangkan…
Berita Global
Biarpun menggunakan platform CMF-C yang sama digunakan oleh Mitsubishi Outlander, Nissan X-Trail…
Berita Global
Menggunakan asas daripada varian premium Navara Pro-4X, Navara Pro-4X Warrior menggunakan kepakaran…