Nissan bakal bina kilang bateri EV di UK?

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar Jepun, Nissan diberitakan sedang berada di peringkat akhir perbincangan dengan kerajaan UK untuk membuka kilang produksi bateri EV di Sunderland yang akan diumumkan pada minggu ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada BBC, kilang bateri EV Nissan itu akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2024, selari dengan rundingan Brexit yang dibuat antara UK dan European Union untuk meningkatkan peratusan komponen dibuat di UK dalam kenderaan yang dihasilkan di UK.

Walaupun butiran perjanjian tersebut masih lagi belum didedahkan, difahamkan kerajaan menyumbang kepada kos keseluruhan yang dianggarkan bernilai ratusan ribu pound.

Nissan kini sedang menghasilkan kenderaan elektrik Nissan LEAF di fasiliti Sunderland, dan pembinaan kilang bateri baharu memberikan petanda model EV masa hadapan Nissan bakal diproduksikan di UK.

Langkah ini bakal menyaksikan fasiliti Sunderland berkemungkinan besar menjadi fasiliti produksi EV Nissan yang terbesar di luar Jepun dengan kapasiti pengeluaran kenderaan 200,000 unit setahun selain mencipta ribuan peluang pekerjaan.

Tambahan pula, kilang baharu ini akan dikendalikan oleh Envision, syarikat pengeluar bateri Nissan dari China yang telah membeli pegangan di dalam kilang bateri Nissan di seluruh dunia pada tahun 2019.

Setakat ini, wakil Nissan memberitahu Financial Times bahawa pihak mereka tidak merancang untuk mengumumkan apa-apa pelan dalam masa terdekat, sementara wakil Envision enggan mengulas.


Sumber: AutoExpress UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…