Nissan buka semula bilik pameran dan pusat servis

oleh SALINA JALIL|
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mengumumkan bahawa semua bilik pameran dan pusat servis kini beroperasi semula.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Sehubungan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Nissan akan pemeriksaan suhu dan memastikan jarak sosial untuk semua kakitangan dan pelanggan diikuti.

 

Untuk keselamatan bersama, kakitangan Nissan akan memakai pelitup muka sentiasa dan para pelanggan akan disediakan pelitup muka, sarung tangan dan cecair pencuci tangan secara percuma.

 

Aktiviti pembasmian kuman turut diadakan sekerap yang boleh di bilik pameran dan pusat servis, termasuk pada kenderaan pameran dan kenderaan pandu uji serta semua kenderaan pelanggan sebelum dan selepas servis.

 

Pelanggan digalakkan untuk membuat pembayaran tanpa sentuhan (cashless) pada waktu ini.

 

Untuk semakan waktu operasi dan lokasi pusat servis Nissan, layari www.nissan.com.my atau www.tceas.com.

 

ETCM turut memaklumkan bahawa semua pendaftaran dan penyerahan kenderaan akan disambung semula secara berperingkat setelah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka semula perkhidmatan tambahan bermula 13 Mei 2020.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tambahan pakej itu memberikan kedua-dua varian tersebut rupa yang lebih lasak dan agresif, di mana…
Model Terbaharu
Dari sudut luaran, Nissan Serena J IMPUL ini mendapat kemasan krom dengan rekaan bampar yang lebih…
Pelancaran
Hatchback elektrik itu masih lagi mengekalkan trenkuasa asal yang terdiri daripada motor elektrik…