Kedua-dua MoU terdahulu tidak melibatkan penyatuan syarikat.
MoU pada Mac:
- Kerjasama strategik untuk era kepintaran kenderaan dan elektrifikasi
MoU pada Oktober:
- Memperdalam rangka kerja kerjasama strategik
- Persetujuan mengenai penyelidikan bersama yang melibatkan teknologi asas di bidang platform untuk kenderaan berpandukan perisian generasi baharu (SDV) terutama sekali di dalam bidang kritikal untuk kepintaran dan elektrifikasi serta melanjutkan perbincangan ke arah kerjasama yang lebih kukuh
Melalui proses tersebut, Nissan dan Honda terlibat di dalam perbincangan dan pertimbangan mengenai pelbagai kemungkinan dan pilihan.
Pada masa yang sama, persekitaran perniagaan untuk kedua-dua syarikat dan industri automotif berubah dengan pantas selain inovasi teknologi yang pesat.
MoU pada Disember:
- Mengekalkan daya saing global dan menyediakan produk serta perkhidmatan yang lebih menarik kepada pelanggan dunia
Jika penyepaduan perniagaan ini menjadi kenyataan, kedua-dua syarikat dapat menyasarkan untuk mengintegrasikan sumber pengurusan masing-masing seperti berikut:
- Pengetahuan, sumber manusia dan teknologi
- Mewujukan sinergi lebih mendalam
- Meningkatkan keupayaan untuk bertindak balas kepada perubahan pasaran
- Menambah baik nilai korporat dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang
- Menyumbang lebih lanjut kepada pembangunan asas industri Jepun sebagai syarikat mobiliti global terkemuka dengan mengintegrasikan perniagaan kenderaan empat roda Nissan dan Honda serta perniagaan motosikal dan produk kuasa Honda
Nissan dan Honda akan menubuhkan jawatankuasa persediaan penggabungan bagi memudahkan integrasi yang lancar dan akan mengadakan perbincangan berfokus.
Sekiranya menjadi kenyataan, Nissan dan Honda dapat menyasarkan untuk menjadi syarikat mobiliti kelas dunia dengan laba berikut:
- Pendapatan jualan melebihi 30 trilion yen (RM857 bilion)
- Keuntungan operasi lebih daripada 3 trilion yen (RM85.7 bilion)
Nissan dan Honda merancang untuk menubuhkan syarikat bersama (joint holding) melalui pemindahan saham yang akan menjadi syarikat induk (parent company) kedua-dua syarikat.
Perancangan ini tertakluk kepada kelulusan mesyuarat agung pemegang saham setiap syarikat dan pihak berkuasa.
Berikut senarai potensi sinergi daripada integrasi perniagaan seperti yang digariskan secara rasmi:
- Kelebihan skala dengan menyeragamkan pelantar kenderaan
- Peningkatan keupayaan pembangunan dan sinergi kos melalui penggabungan fungsi R&D
- Pengoptimuman sistem dan kemudahan pembuatan
- Memperkukuh kelebihan daya saing merentasi rantaian bekalan melalui penggabungan fungsi pembelian
- Merealisasikan sinergi kos melalui peningkatan kecekapan operasi
- Perolehan kelebihan skala melalui penggabungan dalam fungsi kewangan jualan
- Penubuhan asas bakat untuk program kepintaran dan elektrifikasi
Susulan MoU ini bagaimana pula dengan Mitsubishi Motors?
Ketiga-tiga syarikat turut menandatangani MoU bagi meneroka kemungkinan penyertaan, penglibatan dan perkongsian sinergi Mitsubishi.
Penulis: Muhammad Md Tajudin
