Nissan dedah imej acah crossover Juke - debut 3 September ini

oleh Mohamad Hanif|
Masihkah anda ingat kepada Nissan Juke generasi pertama dengan rekaan muka hadapan yang agak pelik itu?
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ya, rekaan lampu berlapis yang aneh itu nampaknya sudah menjadi satu kelaziman di dalam dunia automotif masa kini, malah ramai pula yang berlumba-lumba memperkenalkan rekaan tersendiri pada model baharu. 

Walaupun dengan rekaan yang aneh itu, crossover Juke berjaya menawan hati anak muda Eropah dengan menjadi model kedua terlaris di belakang adik beradiknya Qashqai, sebelum pasaran dibanjiri dengan lambakan crossover lain. 
 


Generasi pertama Juke kini kian menghampiri penghujung, dan sesetengah media luar negara sudah pun memaparkan imej model ujian bagi generasi kedua Juke di atas jalan raya Eropah. 

Nissan juga turut menerbitkan sebuah gambar acah (teaser) yang memaparkan reka bentuk lampu hadapan crossover tersebut yang masih mengekalkan rekaan dua lapis serba baharu. 

Nissan Juke generasi kedua dibangunkan atas pelantar CMF-B yang dibangunkan bersama Nissan dan Renault dan ia juga merupakan platform yang menghasilkan Renault Clio serta Renault Captur. 
 


Jika diperhatikan kepada gambar spyshot model ujian Juke generasi kedua ini (terima kasih kepada Motor1), ia banyak membawakan persamaan dari segi elemen crossover sebenar dan penggayaan yang berani daripada Juke generasi pertama. 

Namun, dengan platform baharu ini, ia bakal memberikan ruang dalaman yang lebih luas kepada Juke terima kasih kepada jarak antara roda yang lebih panjang. 

Nissan bakal memperkenalkan Juke secara rasmi pada 3 September ini dan jualan bermula pada awal tahun hadapan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Walaupun lama di pasaran, Serena memiliki satu teknologi rangkaian kuasa yang bagus iaitu e-…
Berita Global
Nissan Armada Amerika Syarikat   Pada April lalu Careta memaparkan mengenai pelancaran …
Berita Global
  Jika generasi ketiga tidak dibawa masuk, mereka yang berminat perlu meminta Nissan untuk…