Nissan Frontier 2021 bakal guna komponen dari Mercedes-Benz X-Class

oleh Mohamad Hanif|
Apa kaitan Nissan Frontier (nama lain Nissan Navara) dengan Mercedes-Benz X-Class yang sudah pun dihentikan produksinya baru-baru ini?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bagi mereka yang tidak tahu, Mercedes-Benz menggunakan platform Nissan Navara bagi membangunkan trak pikap mereka X-Class dengan beberapa modifikasi dan naiktaraf struktur casis bagi menjamin kekuatan dan dinamik pemanduan yang lebih baik.

Namun, menurut laporan daripada Autoblog, Nissan dikatakan bakal menggunakan struktur cross member sama yang terdapat pada model X-Class untuk model Frontier 2021.

Nissan Frontier merupakan sebahagian daripada 12 buah model baharu yang bakal diperkenalkan oleh Nissan dalam tempoh 18 bulan akan datang, dan daripada video teaser tersebut, kelibat Nissan Frontier dilihat bakal membawakan sedikit perubahan di bahagian luaran supaya nampak lebih malar segar.

Ini membolehkan Nissan Frontier mampu bersaing dengan pesaing di dalam segmennya seperti Toyota Tacoma, Ford Ranger dan juga Chevrolet Colorado.

 

Baca: Mercedes-Benz tamat produksi X-Class

Baca: Mercedes-Benz X-Class Camper

Baca: Nissan Navara-R

Berita Berkenaan

Berita Global
  Nissan sebenarnya telah mendahului Toyota dengan mempertontonkan tiga pikap konsep termasuk…
Berita Global
Model pembuka selera untuk SEMA 2022 sudah pasti disandang oleh barisan kereta sports pacuan roda…
Berita Global
  Pengguna di Amerika Syarikat memang gemarkan pikap dan Frontier menerima sambutan menggalakkan…