Nissan Grand Livina generasi baharu sedang diuji di negara jiran

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Baharu sahaja kami sebut-sebut pasal pengganti Nissan Grand Livina, di negara jiran sudah pun tersebar gambar intipan model tersebut sedang meluncur di jalan raya menuju ke Purwakarta. 

Terima kasih kepada rakan media Autonetmagz, anda kini boleh membayangkan rupa bentuk sebenar model ini sekiranya benar memasuki pasaran Malaysia. 

Menggunakan asas platform yang sama (Mitsubishi Xpander), Nissan walaubagaimanapun mendatangkan sedikit kelainan dari segi reka bentuk bagi membezakan antara kedua-dua model tersebut. 
 


Ini boleh dilihat pada front fascia yang tidak memakai elemen Dynamic Shield, akan tetapi memuatkan rekaan gril hadapan V-motion, lampu nyalaan siang LED pada tingkat atas yang lebih tirus dan di bahagian bawah dimuatkan sepasang lampu kabus. 

Kit badan juga sedikit berbeza daripada apa yang terdapat pada Mitsubishi Xpander, namun secara keseluruhannya tiada perubahan ketara diperhatikan pada generasi baharu Grand Livina ini. 

Enjin pula berkemungkinan besar akan mengekalkan nadi 1.5 liter empat silinder 4A91 MIVEC dengan gandingan transmisi manual (5-speed) atau automatik empat kelajuan dan kuasa sekitar 103 hp/141 Nm

Berdasarkan gambar yang tersebar, dijangka pelancaran generasi baharu Nissan Grand Livina akan berlangsung tidak lama lagi. 

Sumber: Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Justeru, tertuduh gagal mengawal kenderaan dan menyebabkan kematian kepada penunggang motosikal…
Berita Domestik
Siasatan telah dilakukan oleh Nissan Motor Co. Ltd dan kira-kira 11,971 unit kenderaan Nissan di…
Berita Global
Minggu lalu, kita sudah pun melihat sebuah MPV rebadge daripada Nissan meluncur di atas jalan raya…