Nissan GT-R 2024 diperkenal, ada GT-R NISMO dan GT-R T-Spec!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan GT-R NISMO Special edition 2024
Nissan GT-R NISMO Special edition 2024
Diperkenalkan pada tahun 2007 tidak bermakna Nissan perlu menghentikan GT-R. Malah, di dalam era elektrifikasi sekarang ini GT-R semakin relevan dan diibaratkan sebagai khazanah kereta berprestasi.

Nissan juga konsisten memperkemaskan GT-R dan walaupun sudah berbelas tahun, kereta ini nampak seperti baru sahaja diperkenalkan. 

Satu anugerah khas perlu diberi kepada pasukan pereka GT-R yang berjaya menghasilkan reka bentuk yang tak makan dek zaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan GT-R NISMO 2024
Nissan GT-R NISMO 2024

 

Terbaru Nissan memperkenalkan GT-R 2024 untuk pasaran Jepun bersama dua edisi istimewa iaitu GT-R Premium edition T-spec dan Nissan GT-R NISMO Special edition.

Secara asas, GT-R 2024 hadir dengan perubahan kosmetik dan menariknya tidak membawakan gril V-Motion.

GT-R 2024 ibarat kembali kepada generasi awal dengan rekaan bampar dan bentuk gril berkotak.

Selain bampar, lampu nyalaan siang LED menampakkan sisi futuristik dan imej yang lebih sederhana berbanding GT-R sebelum ini.

 

Nissan GT-R NISMO 2024
Nissan GT-R NISMO 2024

 

GT-R NISMO pula macam biasa, nampak garang dan seperti baru keluar litar lumba dengan liang udara pada fender dan hud serta spoiler belakang tinggi.

Perubahan kosmetik yang dibuat turut membawakan ciri aerodinamik lebih baik dan kualiti pemanduan yang diperkemaskan.

Kuasa enjin VR38DETT masih sama namun bunyi dan getaran dikurangkan dan bunyi telah ditala dengan cermat untuk meningkatkan keselesaan di dalam kabin.

 

Nissan GT-R NISMO 2024
Nissan GT-R NISMO 2024

 

Segala perubahan yang dibuat menjadikan setiap GT-R tidak semestinya sama dan anda perlu mengetahui tahun keluaran bagi mengenalpasti perbezaan sebelum membelinya.

Nissan GT-R Premium edition T-Spec

T-spec mewakili falsafah GT-R yang mendahului dan membentuk masa dan diinspirasi daripada perkataan trend dan traction (cengkaman).

Model ini diwujudkan untuk sentiasa mendahului zaman dan pemanduan dengan cengkaman yang bagus.

 

Nissan GT-R Premium Edition T-Spec 2024
Nissan GT-R Premium Edition T-Spec 2024

 

Model 2024 dilengkapi set suspensi talaan khas dan brek cakera karbon untuk pemanduan yang lancar dan pengendalian responsif.

Nissan GT-R NISMO

Jika GT-R sudah hebat, GT-R NISMO pula dengan pakej sekali ganda lebih hebat (termasuk harga) dan meletakkannya sebagai GT-R paling berprestasi.

Model 2024 didatangkan dengan ciri aerodinamik lebih baik, talaan suspensi dan penambahan pembeza gelincir terhad (LSD) mekanikal pada pacuan depan akhir.

 

Nissan GT-R NISMO 2024
Nissan GT-R NISMO 2024

 

Kerusi Recaro baharu dengan ira gentian karbon nampak lebih garang dan memberi rasa kebersamaan dengan kereta dan katanya lebih selesa.

Komponen enjin GT-R NISMO juga berbeza sebagai contoh gelang omboh, rod penyambung dan aci engkol. 

Berikut ringkasan varian dan kuasa GT-R 2024 untuk pasaran Jepun:

GT-R 2024

  • GT-R Pure edition
  • GT-R Black edition
  • GT-R Premium edition 
  • GT-R Premium edition T-spec 
  • GT-R Track edition engineered by NISMO 
  • GT-R Track edition engineered by NISMO T-spec 
  • Enjin 3.8 liter VR38DETT 
  • 570 ps @ 6,800 rpm 
  • 637Nm dari 3,300 - 5,800 rpm
Nissan GT-R Premium Edition T-Spec 2024
Nissan GT-R Premium Edition T-Spec 2024

 

GT-R NISMO 2024

  • GT-R NISMO
  • GT-R NISMO Special edition
  • Enjin 3.8 liter VR38DETT talaan khas NISMO
  • 600 ps @ 6,800 rpm
  • 652Nm dari 3,600 - 5,600 rpm

GT-R 2024 bakal memasuki pasaran Jepun pada musim luruh (Mac - Jun) manakala GT-R NISMO akan dijual pada musim panas (Jun - September).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan GT-R NISMO Special Edition 2024
Nissan GT-R NISMO Special Edition 2024

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…