Nissan GT-R 50th Anniversary Edition 2020 & GT-R Nismo 2020 dilancarkan!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-50 Nissan GT-R ke dunia, Nissan mendatangkan bukan satu, tetapi dua buah model iaitu Nissan GT-R R35 50th Anniversary Edition 2020 dan sebuah lagi model raja segala Godzilla, Nissan GT-R Nismo 2020.
 


Kita mulakan dengan edisi khas ulang tahun ke-50 Nissan GT-R di mana Nissan dengan baik hatinya mendatangkan kembali liveri ikonik di dalam sejarah GT-R diakhiri dengan layangan warna Bayside Blue. 

Namun, bagi mereka yang tidak gemarkan warna biru boleh memilih untuk mendapatkan edisi Pearl White dengan liveri merah dan Super Silver yang hadir dengan liveri putih. 
 


Memasuki ruang dalaman pula, papan pemuka Nissan R35 ini dibaluti dengan kulit Nappa berwarna kelabu dua tona, headliner daripada Alcantara, serta trim unik pada roda stereng dan tombol gear. 

Nissan GT-R 2020 juga masih menggunapakai enjin 3.8 liter bentangan V6 yang menghasilkan 565 kuasa kuda dan 633 Nm daya kilas, namun kali ini Nissan telah menambahbaik trenkuasa tersebut. 
 


Ini termasuklah penggunaan sepasang turbo baharu bagi meningkatkan respons pendikit pada putaran enjin yang lebih rendah, dan kadar keberkesanan sebanyak 5% selain menggunakan manifold ekzos yang telah dioptimasikan. 

Segala gas-gas pembakaran disalurkan ke atmosfera menerusi sistem ekzos yang diakhiri dengan muffler titanium yang dihiasi kemasan biru. 

Untuk pengendalian yang cemerlang, Nissan GT-R menala kembali sistem suspensi adaptif bagi memberikan kestabilan ketika memasuki selekoh, sistem brek yang ditambah baik serta respons stereng yang lebih linear dan jitu. 
 


Sementara itu, raja bagi segala GT-R, Nissan GT-R Nismo 2020 tidak hadir dengan tangan kosong semata. 

Malah, GT-R Nismo ini hadir dengan berat badan yang telah ditrim bagi memastikan ia mampu memecut dengan lebih laju selain aerodinamik yang lebih berkesan. 

Antara fokus pengurangan berat termasuklah penggunaan komponen daripada gentian karbon (bumper, fender hadapan, hud enjin, pelindung side sills, spoiler) yang memberikan jumlah keseluruhan berat 10.5 kg!
 


Fender hadapan juga menampilkan liang udara bagi menyalurkan segala udara panas dari enjin dan memastikan aliran udara lebih lancar. 

Manakala bumbung karbon pula kini dihasilkan dengan menggunakan cara baharu menjadikannya lebih ringan berbanding model sebelum ini. 

Menghiasi ruang arca roda ialah set rim RAYS bersaiz 20 inci diperbuat daripada aluminium dan dibaluti dengan tayar Dunlop yang lebih lebar dan kurang alur benang, memberikan cengkaman yang lebih ketika di atas jalan raya.
 


Sama seperti model edisi khas 50 tahun, GT-R Nismo turut diberikan penambahbaikan pada sistem suspensi dan respons pada roda stereng.

Untuk memberhentikan kereta pantas ini tanpa sebarang masalah, sistem brek Brembo yang lebih besar digunakan - rotor bersaiz 410 mm di hadapan dan 390 mm di belakang.
 


Dari segi kuasa, enjin VR38DETT 3.8 liter V6 masih dikekalkan namun dengan turbo yang sama digunakan pada jentera GT-R GT3, ia mampu menghamburkan 600 kuasa kuda dan 652 Nm daya kilas yang memacu kesemua roda. 

Tugas menyalurkan kuasa diserahkan kepada transmisi klac berkembar enam nisbah kelajuan yang telah ditala kembali perisiannya, termasuklah menambah baik kawalan penukaran gear adaptif dan mod 'R'. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…
Berita Global
Bagaimanapun, Nissan Micra boleh dikatakan sebagai antara model ikonik Nissan, terutama sekali…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…