Nissan GT-R baharu bakal muncul 2023, trenkuasa hibrid

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda perhatikan video teaser Nissan NEXT yang memaparkan barisan model baharu Nissan yang bakal hadir dalam masa terdekat, pasti anda tertanya-tanya - apa sudah jadi dengan Nissan GT-R?
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Yang pasti, generasi terkini Nissan GT-R sebenarnya sudah terlalu tua, dah 13 tahun semenjak pengenalannya pada tahun 2007 tanpa sebarang perubahan besar-besaran.

Malah, Nissan GT-R50 yang direka oleh Italdesign juga sebenarnya masih lagi mengekalkan casis yang serupa, hanya kulit luarannya yang berjaya mengelirukan pandangan umum.  

 


Bagi mereka yang tegar mengikuti perkembangan semasa Nissan, usah risau kerana dalam satu laporan daripada Automotive News, COO Nissan Motor Co. Ashwani Gupta memberitahu bahawa syarikat tersebut sedang dalam proses mengemaskini penawaran di Amerika Syarikat, termasuklah model GT-R.

Menurut laporan itu lagi, Nissan sudah pun memulakan usaha terhadap model GT-R yang direka semula, dan bakal dilancarkan pada tahun 2023.

Nissan juga sedang mempertimbangkan untuk mengemaskini trenkuasa sedia ada dengan menambah ciri seperti sistem pemulihan tenaga kinetik - teknologi yang sama digunakan pada jentera lumba Le Mans GT-R LM Nismo.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Jepun menjadi antara pasaran terakhir yang menjual Nissan GT-R, sejak tahun 2021 jualan GT-R telah…
Berita Global
Nissan Armada Amerika Syarikat   Pada April lalu Careta memaparkan mengenai pelancaran …
Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…