Nissan GT-R Black Edition milik Sebastian Vettel untuk dijual, dari RM1.1 juta sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Bekas pelumba Formula Satu, Sebastian Vettel pernah memiliki beberapa unit kereta eksotik termasuklah Ferrari Enzo, Mercedes-Benz SL 65 AMG Black Series dan Nissan GT-R Black Edition yang dipaparkan dalam artikel ini.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Berita baik, unit Nissan GT-R R35 ini dikatakan sedang mencari pemilik baharu berdasarkan senarai di Mechatronik, Pleidelsheim, Jerman.
 

GTR


Nissan GT-R R35 ini didaftarkan di Switzerland dan telah dipandu sejauh 150 km sahaja sejak tahun 2012.

Ini mungkin disebabkan jadual padat Vettel yang terlalu sibuk berlumba, sehinggakan tiada masa untuk memandu supercar idaman rakyat Malaysia ini.
 

GTR


Didatangkan dengan kemasan cat luar hitam metalik, Nissan GT-R ini juga dipadankan dengan rim Rays eksklusif hitam bersaiz 20 inci, diikuti dengan angkup brek berwarna jingga, serta tempat duduk bucket Recaro dengan balutan kulit hitam dan merah.

Harga yang diminta untuk sebuah Nissan GT-R tahun 2012 ini bermula sekitar €250,000 (RM1,174,515).

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model istimewa GT-R Track edition engineered by NISMO dan Track edition engineered by NISMO T-…
Berita Global
Sayang sekali, disebabkan produksi terganggu akibat COVID-19, difahamkan hanya ada 19 unit sahaja…
Berita Global
Nissan GT-R NISMO 2024   Terbaru Nissan memperkenalkan GT-R 2024 untuk pasaran Jepun bersama…