
Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan kiri), enjin 3.8 liter VR38DETT (GT-R Premium) menghasilkan 565 kuasa kuda (hp) dan tork 633Nm.
Harga? 12,445,000 peso (RM1,029,457) dan ditawarkan dalam warna Gun Metallic, Bayside Blue, Pearl White, Vibrant Red, Pearl Black dan Ultimate Silver.
Nissan Z pula membawa gaya model Z terdahulu. Lampu depan dan belakang ikonik selain jeriji ala 240Z menyerlahkan warisan model ini.

Ruang enjin dimuatkan mesin 3.0 liter VR30DDTT V6 turbo berkembar yang menghasilkan 400 hp dan tork 475Nm.
Membawa nuansa retro, Z dilengkapi teknologi moden seperti Monitor Pandangan Belakang, Papan Pemuka Digital, Sensor Sonar depan dan belakang.
Turut dilengkapi teknologi Nissan Intelligent Mobility seperti Amaran Pelanggaran Depan, Kawalan Pandu Pintar, dan Brek Kecemasan Automatik dengan Pengesan Pejalan Kaki.

Dua varian Z ditawarkan untuk pelanggan di Filipina iaitu Premium MT (manual enam kelajuan) dan Premium AT (automatik sembilan kelajuan dengan mod Manual).
Tempahan Z dibuka pada 21 September pada harga 3,888,000 peso (RM321,769).
Ada enam warna ditawarkan iaitu Ikazuchi Yellow, Passion Red, Everest White, Boulder Gray Pearl, Seiran Blue dan Black Diamond Pearl.
Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Nissan
