Nissan GT-R Nismo 2022 laku keras!

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak dilancarkan pada April lalu, Nissan kini menghentikan pendaftaran tempahan bagi model Nissan GT-R Nismo 2022 yang hanya dihasilkan sebanyak 300 unit itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan juga turut mengesahkan 99 peratus daripada jumlah tempahan itu memilih model GT-R Nismo Special Edition yang menambah hud gentian karbon, serta rim aluminium tempa 20 inci Rays yang dikemaskan dengan warna hitam dan aksen merah.

Malah, lebih separuh daripada pelanggan GT-R Nismo ini memilih warna Nismo Stealthy Grey.
 

GTR Nismo


Nissan GT-R Nismo 2022 masih lagi dikuasakan oleh enjin 3.8 liter bentangan V6 yang mampu menjana 592 kuasa kuda dan 652 Nm daya kilas, namun kemaskini pada model terbaharu ini mendatangkan penggunaan cincin omboh, rod penyambung, aci engkol, flywheel, takal engkol dan spring injap bespoke pada enjin V6 itu.

Walaupun usia generasi R35 ini sudah pun menjangkau 14 tahun, Nissan nampaknya masih lagi tiada masalah untuk menjual varian-varian tertentu kepada para peminatnya.
 

Nissan GT-R Nismo


Berdasarkan laporan terdahulu, Nissan juga turut merancang untuk menggantikan generasi R35 sedia ada dengan generasi baharu menjelang tahun 2023, namun sebelum itu versi pengakhiran (Final Edition) akan dilancarkan pada tahun 2022 sebagai meraikan usia 15 tahun pada ketika itu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan GT-R NISMO 2024   Terbaru Nissan memperkenalkan GT-R 2024 untuk pasaran Jepun bersama…
Berita Global
  Seperti biasa, GT-R digerakkan enjin VR38DETT 3.8 liter V6 turbo berkembar dan padanan…
Berita Global
Selain daripada pakej yang mantap, ia juga turut didorong dengan kehadiran enjin tiga silinder 1.6…