Nissan GT-R50 2021 untuk dijual, perbatuan rendah, tidak pernah dipandu!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan ulang tahun GT-R yang ke-50, Nissan melancarkan model edisi terhad Nissan GT-R50 yang direka oleh Italdesign kira-kira dua tahun yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding GT-R yang biasa kita lihat di atas jalan, Nissan GT-R50 ini menampilkan rekaan yang agresif, dan hanya 50 unit sahaja yang dihasilkan untuk direbut.

Salah satu daripada unit GT-R50 tersebut kini sedia untuk dilepaskan kepada pihak yang berminat, seperti yang diiklankan oleh pihak Legendary Motorcars.
 

Nissan GT-R50


Menurut info, unit ini dilayangkan cat Liquid Silver dengan kos sebanyak €25,000 sebelum ditambah dengan komponen sayap belakang hidraulik dengan kos tambahan €35,000.

Tiada sebarang harga didedahkan oleh pihak Legendary Motorcars, namun sebagai makluman harga jualan untuk satu unit Nissan GT-R50 sewaktu dilancarkan dua tahun lalu bernilai €990,000 (RM4.47 juta).

Dari segi kuasa, Nissan telah mengarahkan Nismo untuk menala kembali enjin V6 turbo berkembar 3.8 liter itu supaya mampu menghasilkan 710 kuasa kuda dan 780 Nm daya kilas, iaitu tambahan sebanyak 110 kuasa kuda dan 128 Nm berbanding Nissan GT-R Nismo.
 

GT-R50


Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda menerusi transmisi sekuential enam nisbah kelajuan, manakala sistem pemberhentian pula diserahkan kepada brek dari Brembo.

Sistem suspensi boleh laras pula menerima sentuhan daripada Bilstein bagi memastikan tayar Pilot Super Sport 255/35 R21 hadapan dan 285/30 R21 kekal melekat di jalanan ketika pemanduan berprestasi tinggi dilakukan.

Sumber: Legendary Motorcars

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, disebabkan produksi terganggu akibat COVID-19, difahamkan hanya ada 19 unit sahaja…
Berita Global
Sehingga bulan Mei 2020, Italdesign akhirnya melancarkan secara rasmi GT-R50 dengan bilangan…
Berita Global
Namun, kesunyian itu dipecahkan sendiri oleh Nissan menerusi satu ciapan di laman mikroblog Twitter…