Nissan hasil kerusi klasik Fairlady Z untuk kegunaan rumah

oleh Mohamad Hanif|
Anda tidak tahu nak buat apa dengan kerusi lama dari Nissan Fairlady Z?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Apa kata cuba cedok idea daripada Nissan, di mana kerusi daripada model klasik Nissan Fairlady Z (S30Z) boleh dijadikan sebagai kerusi biasa untuk kegunaan di dalam ruang tamu, atau ruang kerja peribadi.
 

Nissan Z


Nissan sebenarnya menghasilkan kerusi unik ini pada tahun 2019 bersempena dengan ulang tahun model Z yang ke-50.

Komponen kaki kerusi itu diperbuat daripada kayu membentuk logo Z, sementara bahan balutan kerusi itu menggunakan upholsteri yang sama dengan tempat duduk yang digunakan pada model asal S30Z.
 

Nissan GT-R


Selain daripada itu, Nissan juga turut menghasilkan beberapa peralatan menarik seperti tempat meletak kicap berlogo GT-R, serta koleksi baju berilustrasi yang menampilkan model-model ikonik jenama tersebut.

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…