Nissan hasilkan kei car khusus untuk kucing. Apaaa?

oleh Mohamad Hanif|
Untuk menarik perhatian pengunjung terutama bagi para pencinta binatang peliharaan, Nissan telah bekerjasama dengan beberapa buah kafe kucing di seluruh negara bagi mempromosikan kei car berbentuk Nissan Dayz.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk pengetahuan, Nissan Dayz merupakan salah sebuah daripada barisan kei car yang dijual oleh Nissan di Jepun, dan membawakan pelbagai ciri keselamatan menarik seperti amaran keluar laluan, brek pelanggaran hadapan, bantuan mula mendaki, brek pengesan pejalan kaki dan banyak lagi.

Manakala versi tertinggi pula hadir dengan ciri tambahan seperti Nissan Around View, bantuan parkir dan sistem bantuan pemanduan ProPilot. Tak padan kecik!

 


Untuk kegunaan kucing-kucing di kebanyakan kafe kucing, Nissan memperkenalkan kei car yang diperbuat daripada kadbod bagi memberikan peluang kepada kucing untuk merasai sendiri pengalaman 'memandu' kei car tersebut.

Menariknya, menerusi laman web rasmi Nissan, pengeluar tersebut memberikan amaran yang comel berbunyi:

"Harap maklum, kucing berkemungkinan besar tidak akan memandu kereta ini bergantung kepada mood."

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…