Nissan hasilkan lebih banyak alat ganti Skyline GT-R R32 guna teknik acuan termaju

oleh Mohamad Hanif|
Nissan baru-baru ini mengumumkan mereka akan menambah lebih banyak alat ganti berbentuk panel badan ke dalam program Skyline GT-R Heritage Parts yang turut merangkumi panel belakang yang khusus untuk model R32.

Disebabkan Nissan Skyline GT-R R32 telah pun lama dihentikan produksi, sudah pasti agak sukar bagi pemilik untuk mendapatkan panel badan gantian, dan ia juga sukar untuk dibikin kembali memandangkan ia bukanlah kereta produksi massa yang boleh terjual dalam kuantiti yang banyak.

Acuan asal juga mungkin sudah lama dihapuskan.

 


Untuk mengatasi masalah itu, Nissan pada tahun 2019 memperkenalkan teknologi pembuatan tanpa acuan yang dikenali sebagai dual-sided dieless molding yang menggunakan dua lengan robot yang pantas untuk membentuk sesebuah panel badan kenderaan, ibarat tukang ketuk badan kereta zaman dahulu.

Dengan bantuan data tiga dimensi, apa jua panel badan kenderaan lama boleh dihasilkan kembali tanpa perlu menghasilkan acuan khusus seperti proses yang terdahulu.

 


Selain daripada itu, Nissan juga turut mengumumkan keterdapatan komponen yang boleh dicetak secara tiga dimensi (3D printing) seperti pelindung abah-abah pendawaian yang juga boleh didapati untuk Nissan Skyline GT-R R32.

Mungkin pada masa akan datang kita akan dapat melihat lebih banyak penawaran alat ganti dan panel badan bagi model-model Nissan yang lebih klasik, seperti Nissan Fairlady, serta model yang lebih moden seperti Nissan Silvia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Jadi, kita memohon maaf kepada pengguna kerana ini merupakan faktor yang tidak boleh dielakkan…
Berita Domestik
Hal ini turut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah dan…
Berita Domestik
Promosi bermula sekarang sehingga 31 Mac ini menawarkan diskaun sehingga 64 peratus untuk alat…