Nissan henti jual GT-R di Australia, tidak melepasi regulasi keselamatan

oleh Mohamad Hanif|
Atas sebab-sebab keselamatan, Nissan GT-R bakal dihentikan penawarannya di negara Australia bermula 31 Oktober ini.

Menurut laporan daripada Drive, model Nissan GT-R dikatakan tidak melepasi peraturan pelanggaran impak sisi yang unik yang akan dilaksanakan oleh Australia bermula 1 November ini untuk kenderaan yang dilancarkan bermula November 2017.

Disebabkan itu, kereta yang tidak memenuhi regulasi terbaharu ini perlu diimport dan disahkan untuk kegunaan jalan raya sebelum 1 November 2021 sebelum ia ditutup pada 30 Jun 2022.

Menurut kenyataan rasmi Nissan Australia, disebabkan regulasi terbaharu ini, Nissan GT-R tidak lagi akan dibawa masuk ke pasaran tersebut selepas 31 Oktober 2021.
 

T


Namun, Nissan bakal membawakan kira-kira 50 unit GT-R T-Spec dan GT-R Nismo untuk ditawarkan kepada pembeli tempatan sebagai tanda pengakhiran hayat GT-R di negara tersebut.

Nissan Australia membawa masuk generasi terkini R35 pada April 2009, dan semenjak itu kurang daripada 1,000 unit GT-R telah terjual dalam tempoh 12 tahun.

Malah, ia juga mengalami kemerosotan jualan di mana hanya 19 unit sahaja berjaya diedarkan kepada pelanggan untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Di Jepun, Nissan baru-baru ini melancarkan model GT-R T-Spec yang mendapat naiktaraf seperti brek karbon seramik, spoiler belakang gentian karbon, pelindung enjin yang unik, serta penawaran warna ikonik Skyline iaitu Midnight Purple dan Millenium Jade.

Sumber: Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna, peminat GT-R di Jepun kini tidak lagi dibolehkan untuk menempah model GT-R terbaharu…
Berita Global
Menurut laporan media tempatan, Nissan GT-R tersebut dilapor memandu pada kelajuan 159 km/j dalam…
Berita Global
Disebabkan kecuaiannya yang tidak memastikan gear berada di dalam posisi P dan brek tangan tidak…