Nissan henti jual GT-R di Eropah disebabkan peraturan emisi

oleh Mohamad Hanif|
Selepas Australia, tiba giliran benua Eropah untuk menghentikan penjualan Nissan GT-R, namun kali ini disebabkan penguatkuasaan undang-undang emisi yang semakin ketat.

Baca: Nissan henti jualan GT-R di Australia

Menurut laporan Autoblog.nl, Nissan GT-R kini tidak lagi ditawarkan di beberapa buah negara Eropah, seperti The Netherlands, Itali, serta Sepanyol.

Malah, laman web rasmi Nissan turut menggugurkan model tersebut daripada senarai.
 

Nissan


Bukan itu sahaja, portal Autoblog.nl turut mendakwa harga jualan Nissan GT-R agak mahal di negara tersebut, dan ia agak menyukarkan para pengedar untuk menjual model tersebut.

Seperti contoh, di The Netherlands, harga jualan asas Nissan GT-R bermula dari €183,000 (RM840,429) sementara Nissan GT-R Nismo pula berharga €303,000 (RM1.39 juta).

Sebagai makluman, semenjak diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 2007, Nissan GT-R sudah pun 15 tahun berada di pasaran.

Sumber: Autoblog.nl

Berita Berkenaan

Berita Global
  Walaupun dari syarikat sama kedua-duanya tampil dengan identiti sendiri dan tugas pengeluaran…
Berita Global
  Kuro bukan baharu, Nissan menggunakannya pada edisi istimewa Juke tahun 2011 lagi. Satu idea…
Berita Global
  Pilih kesemuanya untuk dijadikan koleksi? Idea bagus. Untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan…