Nissan IMs Concept, 483hp, 799 Nm dan AWD dari motor elektrik!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mula-mula mimpi, kemudian cakap, eksperimen, buat, bagi bayangan dan tup tup dah sampai. Itulah hakikat teknologi sama seperti kenderaan elektrik (EV).

Sekarang ini mungkin ada yang rasa EV adalah satu lawak jenaka atau perkara mustahil. Percayalah satu hari nanti ia akan muncul depan pintu kita.

Kitaran begini sudah banyak berlaku, lihat sahaja kereta buatan Korea dan telefon bimbit buatan China. Mula dahulu ditertawakan dan kini ramai yang mempertahankannya.

Di Pameran Kenderaan Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2019 yang berlangsung di Detroit, Nissan memberi indikator sedan sport pada masa akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan IMs Concept

 

Nissan IMS Concept adalah sebuah kereta sedan yang sleek dengan tempat duduk 'Premier Seat' 2 + 1 + 2. Satu lagi perkara yang mahu ditonjolkan Nissan ialah ianya dikuasakan oleh elektrik dengan pacuan semua roda (AWD).

Kata Denis Le Vot, Naib Presiden Kanan Nissan Amerika Utara, adalah suatu yang munasabah bagi sebuah pengeluar pertama memasarkan EV secara massa ke pasaran untuk membawakan sedan sport berprestasi tinggi.

Dalam erti kata lain, selepas Nissan LEAF inilah produk seterusnya. 

Denis Le Vot jug mengesahkan Nissan akan melancarkan tujuh buah lagi EV menjelang 2020. Satu jumlah besar dan berani dari Nissan.

Nadikuasa IMs terdiri dariapda dua motor elektrik di depan dan belakang yang menghasilkan 483 hp dan tork 799 Nm. Satu angka yang 'gila' dengan pacuan kesemua roda (AWD).

 

Nissan IMs Concept

 

Konfigurasi tersebut membolehkan kereta mempunyai nisbah berat depan dan belakang ideal, cengkaman yang luar biasa dan prestasi cemerlang di selekoh. 

Satu lagi ialah, IMs menggunakan suspensi udara canggih yang menyesuaikan kereta berdasarkan keadaan pemanduan. Ini memberikan pemanduan yang selesa dan karakter 'tajam' sewaktu mengambil selekoh.

Dari luaran, jelas IMs adalah sedan yang sporti dengan gabungan konsep futuristik dan seri malar segar identiti Jepun.

Identiti utama ialah ialah gril V motion yang diterapkan pada model-model baharu Nissan. Rim tampil agresif dengan tayar berukuran 22 inci.

Lagi karakter IMs, apabila dalam mod Pemanduan Autonomi lampu depan dan belakang bertukar warna biru dan pencahayaan bersambung terus dari depan dan belakang untuk makluman kepada pejalan kaki dan pemandu lain.

 

Nissan IMs Concept

 

IMs sarat dengan identiti Jepun. Corak grafik geometrik tradisional yang dikenali sebagai Asanoha diwarnakan dalam warna emas dan diletakkan pada bumbung kaca. 

Corak yang sama turut digunakan pada roda dan dan di dalam kereta. Satu lagi perkara menarik ialah cat dengan warna seperti cecair besi, diinspirasi dari galian di bulan.

Kualiti warna ini diinspirasi dari kimono yang menambah lagi keunikan IMs secara halus dengan kilauan beransur terang.

Nilai tradisi Jepun diterapkan lagi pada bahagian dalaman. Perincian berwarna emas pada bahagian ini membawa unsur cahaya ke dalam kereta sama seperti pintu Jepun yang dibuat dari kertas.

Kesan tersebut adalah sama seperti cahaya yang menembusi pintu ke dalam bilik tradisi Jepun tatami.

 

NISSAN GT-R50 by ITALDESIGN

 

Hebat sungguh, sejak pelancaran Nissan GT-R50 by Italdesign, Nissan semakin fokus kepada nilai seni dan tradisional secara mendalam.

Mungkin ini yang akan memberi lebih 'jiwa' kepada kenderaan Nissan dan bukan sekadar pengangkutan A ke B semata-mata.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…