Nissan Interstar 2024, van besar dengan muka dominan, enjin diesel dan elektrik!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Interstar 2024
Nissan Interstar 2024
Nissan Interstar 2024 tampil menyerlah dengan muka depan yang begitu dominan malah lebih menonjol daripada model asal Renault Master.

Interstar dijenamakan semula dari Renault Master sejak 1997 dan model Perancis itu memulakan sejarahnya pada 1980.

Secara keseluruhannya, Master sudah berada dalam generasi keempat manakala Interstar dalam generasi ketiga.

Interstar baharu lebih besar dan versatil dan ditawarkan dengan enjin diesel dan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Interstar 2024

 

Selain van kotak, Interstar ditawarkan dalam pilihan badan jongket (tipper) dan bukaan tepi (dropside).

Penawaran Interstar-e menjadikannya sebagai van elektrik saiz besar pertama dari Nissan. 

Van ini dibekalkan bateri 87 kilowatt-jam (kWj) dan boleh dipandu sehingga 460 kilometer (km). 

Sebuah lagi model dengan bateri 40 kWj memiliki jarak pemanduan sehingga 199 km.

 

Nissan Interstar 2024

 

Memudahkan pemandu ialah pengecasan pantas DC dan hanya perlu 30 minit untuk mendapatkan bekalan elektrik yang boleh diguna sehingga 252 km.

Pengecasan dari sifar sehingga penuh menggunakan pengecas AC pula mengambil masa di bawah empat jam.

Dari segi aerodinamik, Interstar mempunyai 20 peratus pengurangan seretan (SCx) dan membantu pemilik menjimatkan diesel atau penggunaan elektrik.

 

Nissan Interstar 2024

 

Fizikal van juga ditambah baik dengan pintu sisi 40 milimeter (mm) lebih lebar dan bahagian muatan 100 mm lebih panjang. 

Muatan yang boleh dibawa untuk model elektrik ialah sehingga 1.6 tan dan hampir 2 tan bagi model enjin pembakaran dalaman (ICE).

Kedua-dua model EV dan ICE mempunyai kapasiti tunda 2,500 kilogram (kg). 

 

Nissan Interstar 2024

 

Dari segi keselamatan, kesemua varian Interstar dilengkapi Pembrekan Kecemasan Depan, Amaran Mengantuk, Sistem Pengawasan Tekanan Tayar dan Bantuan Ayunan Treler.

Sistem pembrekan 1-box memastikan kuasa pembrekan sentiasa dioptimumkan dan masa tindak balas pembrekan kecemasan lebih pantas berbanding model sebelum ini.

Nissan belum berkongsi harga dan jualan awal Interstar dibuka pada suku kedua 2024.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan Interstar 2024