Nissan jual pegangan dalam Daimler bernilai $1.2 bilion

oleh Mohamad Hanif|
Nissan bakal menjual 1.5 peratus pegangan di dalam Daimler bernilai $1.2 bilion (RM4.94 bilion) menerusi proses buku tempahan yang tinggi, mengikuti langkah yang diambil oleh Renault pada Mac lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Reuters, kedua-dua Nissan dan Renault mengadakan pertukaran pegangan dengan Daimler kira-kira satu dekad yang lalu bertujuan untuk memperkukuhkan lagi kerjasama industri.

Renault menjual pengangannya di dalam Daimler baru-baru ini, dan Nissan juga dijangka membuat langkah yang serupa dengan nilai keseluruhan $1.2 bilion.

Kerjasama antara Daimler dan pakatan Renault-Nissan membuahkan hasil menerusi pengenalan model trak pikap Mercedes-Benz X-Class yang dibangunkan berdasarkan Nissan Navara.

Sayang sekali, Mercedes-Benz terpaksa menguburkan model tersebut tahun lalu disebabkan prestasi jualan yang teruk.

Berita berkenaan penjualan pegangan Nissan di dalam Dailer timbul setelah beberapa minggu pengeluar tersebut mengumumkan penangguhan sementara produksi disebabkan kekurangan cip semikonduktor.

Antara kilang yang terjejas termasuklah di Kyushu (pemasangan Serena, X-Trail) yang perlu ditutup selama lapan hari (10-19 Mei), pembatalan shif malam bagi kilang Oppama dan Shatai (10-28 Mei), dan menghentikan seketika operasi pemasangan di kilang Tochigi selama 10 hari.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…