Nissan jual saham di Rusia bernilai US$687 juta dengan harga 1 Euro

oleh HEZERI SAMSURI|
Nissan menjual kesemua aset-aset miliknya di Rusia termasuk sebuah kilang di Saint Petersburg kepada kerajaan Rusia semalam.

Nissan ialah syarikat besar terkini yang keluar dari pasaran Rusia selepas negara itu menghantar askar-askar masuk ke Ukraine pada bulan Februari lalu.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Rakan kongsi Nissan, Renault sudah awal-awal lagi menjual aset mereka di Rusia kepada pelabur di sana bulan Mei lalu.

Selain dari kilang, Nissan turut menjual fasiliti penyelidikan dan pejabat jualan dan pemasaran di Moscow. Kesemuanya dijual dengan harga token 1 Euro atau US$0.97.

Perjanjian jualan itu bagaimanapun mempunyai syarat di mana Nissan dibenarkan untuk membeli semula sahamnya di sana dalam tempoh enam tahun akan datang.

CEO Nissan, Makoto Uchida berkata walaupun ia tidak lagi beroperasi di Rusia, mereka sudah mempunyai solusi untuk terus menyokong pemilik kenderaan Nissan di sana.

Akhbar Jepun, Nikei pula berkata Mitsubishi juga turut sedang memikirkan untuk keluar dari pasaran Rusia. 

Selain dari Renault dan Nissan, syarikat automotif yang telah menjual aset mereka di Rusia ialah Inchape (syarikat pengedaran kenderaan dari Britain), pembuat trak Iveco dan syarikat tayar Perancis, Michelin.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model istimewa GT-R Track edition engineered by NISMO dan Track edition engineered by NISMO T-…
Berita Global
Menurut Kementerian Tanah, Pengangkutan, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, Nissan…
Berita Global
Ini bermakna, Nissan mempunyai empat model tambahan untuk diperkenalkan pada masa hadapan…