Nissan Juke dipilih sebagai kereta terpakai untuk semua, muda atau berusia

oleh Muhammad Md Tajudin|
Apa pendapat anda tentang Nissan Juke? Seperti biasa, reka bentuk kenderaan adalah subjektif di mana ada yang suka dan sebaliknya. Tidak kira apa pun pendapat ramai, Juke boleh dianggap sebagai model popular dan dijual di serata dunia.

Anda boleh memiliki Juke sama ada di United Kingdom, Indonesia atau pun di negara kita sendiri. Benar, Juke boleh dibeli di pasaran tempatan melalui pengimport bebas.

Keistimewaan dan populariti Juke terserlah apabila Nissan sedang membangunkan model pengganti dalam masa Nissan Kicks sedang ditawarkan di dalam segmen SUV kompak ini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Nissan Juke

 

Satu lagi dapatan menarik ialah melalui kajian oleh portal pembelian kereta baharu dan terpakai iaitu BuyaCar.co.uk menunjukkan Nissan Juke adalah model terpakai paling menarik di pelbagai peringkat usia.

Juke berada di kedudukan kelima atau keenam bagi pengguna berusia sehingga 34 tahun, 35 hingga 44 tahun, 45 hingga 54 tahun, 55 hingga 64 tahun dan lebih daripada 65 tahun.

Dapatan itu diperolehi melalui analisis daripada 10,000 transaksi jualan kereta terpakai dalam tempoh lebih dua tahun bagi mengenalpasti model mana paling popular untuk pelanggan pelbagai peringkat usia.

Kajian dibuat bagi mengenal pasti sepuluh model paling paling di kalangan pembeli muda, pertengahan dan berusia dan hasilnya menunjukkan Juke berada di dalam kategori tersebut untuk setiap kategori umur. 

 

Nissan Juke

 

Juke berada di kedudukan kelima atau keenam bagi pengguna berusia sehingga 34 tahun, 35 hingga 44 tahun, 45 hingga 54 tahun, 55 hingga 64 tahun dan lebih daripada 65 tahun.

Model-model lain turut popular cuma tidak berjaya memenuhi selera pelbagai peringkat usia.

Contohnya Nissan Qashqai paling popular di kalangan pengguna berusia 35 tahun dan ke atas namun Juke yang asalnya dibina untuk pelanggan muda turut menarik perhatian pengguna berumur lebih daripada 65 tahun dan usia lain di antaranya.

Satu lagi perkara ialah keunikan reka bentuk Juke turut menjadikannya malar segar, tahukah anda model ini sudah memasuki tahun kesembilan dan masih lagi dijual di banyak buah negara? Hebat!

Kredit: BuyaCar.co.uk

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan Juke

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Walaupun lama di pasaran, Serena memiliki satu teknologi rangkaian kuasa yang bagus iaitu e-…
Berita Global
Nissan Armada Amerika Syarikat   Pada April lalu Careta memaparkan mengenai pelancaran …
Berita Global
  Jika generasi ketiga tidak dibawa masuk, mereka yang berminat perlu meminta Nissan untuk…