Nissan jumpa resipi hasilkan EV lebih murah - magnet jenis besi samarium!

oleh HEZERI SAMSURI|
Hasrat Nissan Motor untuk menurunkan kos pembuatan Ev mungkin akan bergantung kepada motor elektrik yang menggunakan magnet dari logam nadir bumi yang lebih murah - besi samarium.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Samarium, sejenis unsur logam yang berwarna putih perak dan digunakan untuk membuat magnet dan sebagainya dijangka akan boleh digunakan secara komersil menjelang 2030 tahun kewangan fiskal Nissan Motor (penghujung Mac 2031).

Nissan selama ini sudah mengumumkan bahawa ia mempunyai perancangan untuk menurunkan kos pembuatan EV sebanyak 30 peratus agar sama dengan kos pembuatan kenderaan berenjin petrol menjelang 2030.

Penggunaan samarium ini bukan hanya menurunkan kos pembuatan EV, tetapi mengurangkan kepada kebergantungan industri EV kepada logam neodymium dan dysprosium yang kebanyakannya hanya didapati dari China.

Laporan lanjut berkaitan berita ini boleh dibaca di Nikkei Asia.

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada penghujung 2024, Nissan dan Honda mengumumkan niat untuk meneroka penggabungan sebagai…
Berita Global
  Nombor 23 telah digunakan pada kereta lumba NISMO selama hampir 40 tahun. Projek ini juga…
Berita Global
Pelan Pemulihan Agresif: "RE: Nissan" Bagi membendung situasi yang semakin parah, Nissan…