Nissan Kicks dikesan tanpa pelekat samaran di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Kicks merupakan salah satu daripada model penting yang bakal dibawa masuk oleh Edaran Tan Chong Motor, serta dijadualkan pelancarannya dalam tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, sebelum sempat kita melihat kelibatnya di jalan raya tanah air disebabkan PKP, rakan media di negara jiran Thailand telah pun mengesan beberapa unit Nissan Kicks yang sedang diangkut tanpa sebarang pelekat samaran.

Gambar yang diperoleh daripada forum Headlightmag itu menampilkan crossover Nissan Kicks yang sedang dalam perjalanan menuju ke satu tempat yang tidak diketahui.

Namun, menurut pengamatan Autonetmagz, unit Nissan Kicks yang dipamerkan ini sebenarnya merupakan unit yang dikhususkan untuk pasaran Jepun, melihatkan kepada kehadiran pelekat khas di bahagian kaca belakang crossover ini.

Untuk pasaran Malaysia kami masih belum menerima informasi lanjut, memandangkan pergerakan di dalam negara kini dibataskan oleh Perintah Kawalan Pergerakan semenjak bulan lalu.

 


Sumber: Headlightmag menerusi Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…