Nissan Kicks facelift dilancarkan di Thailand - trenkuasa e-Power sahaja, dari RM121 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Setelah mendedahkan beberapa teaser, Nissan Thailand akhirnya melancarkan secara rasmi model facelift Nissan Kicks 2020, di mana ia menjadi negara pertama di dunia yang melancarkan model tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan pelancaran ini, Nissan Kicks juga kini menjadi model kedua Nissan yang menggunapakai trenkuasa e-Power.

 


Di Thailand, Nissan hanya menawarkan satu trenkuasa tunggal sahaja, iaitu e-Power yang terdiri daripada enjin tiga silinder sebaris 1.2 liter HR12DE yang menghasilkan 79 PS dan 103 Nm.

Namun, enjin ini tidaklah direka untuk memacu roda hadapan, sebaliknya ia digunakan bagi menjana kuasa yang diperlukan oleh pek bateri berkapasiti 1.57 kWh serta motor elektrik EM57 dengan output 129 PS dan daya kilas 260 Nm.

Selain daripada mod pemanduan Eco, Normal dan EV, Nissan Kicks juga boleh dioperasikan menggunakan fungsi One-Pedal - sama seperti Nissan LEAF - yang membolehkan anda mengawal pergerakan kereta dengan hanya satu pedal sahaja.

 


Tanpa kehadiran pek bateri yang besar seperti tipikal kereta hibrid di pasaran, Nissan Kicks masih mampu menawarkan ruang kargo sebesar 432 liter.

Dari segi luaran, Nissan Kicks masih membawakan rekaan muka hadapan V-Motion dengan lampu utama LED yang lebih tajam dan tirus, serta rim bersaiz 17 inci dan rekaan bumper yang lebih agresif.

Ruang perumah lampu kabus pula direka seakan seperti sepasang corong kemasukan udara sisi.

 


Penggunaan warna dua tona menguasai luaran Nissan Kicks dengan layangan warna hitam pada struktur tiang A, B dan C membawakan efek bumbung terapung, sementara di bahagian belakang pula terdapat komponen diffuser palsu yang diwarnakan sama dengan warna badan.

Memasuki ruang dalaman pula, tetapan papan pemuka tidak banyak membawakan perubahan, melainkan tombol gear dan rekaan stereng yang dibawakan dan diinspirasikan daripada Nissan LEAF, dan tidak ketinggalan kawalan iklim dua zon, sistem infotainmen dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Aspek keselamatan Nissan Kicks pula menampilkan ciri seperti enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Dinamik Kenderaan, Bantuan Mula Mendaki dan cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak.

 


Ciri keselamatan aktif Nissan Intelligent Mobility juga tidak dilupakan seperti Kawalan Pelayaran Pintar, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Ciri Pemantauan Keliling, brek kecemasan, Intelligent Ride Control, Bantuan Pengesanan Objek Bergerak, Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar, Amaran Tumpuan Pemandu, serta Amaran Titik Buta.

Harga jualan Nissan Kicks di Thailand bermula dari THB 889,000 (RM120,522) sehinggalah THB 1,049,000 (RM142,218) untuk varian tertinggi VL.

Sebelum ini, Edaran Tan Chong Motor selaku pengedar Nissan telah pun mengesahkan kehadiran model Nissan Kicks untuk pasaran Malaysia, namun tiada sebarang butiran lanjut seperti spesifikasi dan tarikh pelancaran didedahkan buat masa ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan, ia dikatakan berpunca daripada kegagalan sistem stereng berkuasa elektronik pada…
Berita Global
e-POWER generasi kedua     Komponen e-POWER terbaru ini terdiri daripada motor elektrik dan…