Nissan Kicks tawar aksesori dengan lima pilihan warna

oleh Mohamad Hanif|
Nissan hadir dengan idea yang sedikit aneh, mengingatkan penulis kepada ciri Nokia 3310 yang hadir dengan beberapa casing berwarna warni suatu ketika dahulu, membolehkan pengguna menukar-nukar warna mengikut mood seharian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya, sekiranya anda mempunyai sebuah Nissan Kicks, anda boleh menempah beberapa aksesori dengan lima pilihan warna (merah, hitam, putih, biru dan oren) mengikut kehendak dan mood anda.
 

 


 


Berikut merupakan senarai aksesori yang boleh ditukar mengikut suka hati bapa mertua belah ayah anda. 

  • Pelindung cermin sisi
  • Pemegang pintu
  • Accent bumper belakang
  • Lip bumper hadapan
  • Rear hatch accent
  • Accent pintu
  • Spoiler
  • Rim
  • Kemasan corong pendingin hawa
  • Pelindung cermin pandang belakang
  • Alas kaki
  • Plet ambang pintu

Senarai harga aksesori disediakan menerusi laman web khas Nissan Kicks Color Studio di alamat https://www.nissanusa.com/vehicles/crossovers-suvs/kicks/customize

Anda juga boleh mereka kombinasi warna idaman anda pada laman web tersebut sebelum menempahnya.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan, ia dikatakan berpunca daripada kegagalan sistem stereng berkuasa elektronik pada…
Berita Global
e-POWER generasi kedua     Komponen e-POWER terbaru ini terdiri daripada motor elektrik dan…