Nissan lancar aksesori NISMO Off Road untuk trak Frontier 2022

oleh Mohamad Hanif|
Di pasaran Amerika Syarikat, Nissan baru-baru ini melancarkan barisan aksesori NISMO Off Road untuk trak pikap Nissan Frontier 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pakej aksesori tersebut merangkumi kelengkapan yang biasa digunakan untuk aktiviti di luar grid seperti set lampu bantuan, rak tambahan pada bed belakang, khemah bumbung serta sistem ekzos berprestasi tinggi.
 

NISMO


Set lampu NISMO Off Road 4-inch Lights menawarkan iluminasi untuk kegunaan off-road seterang 3,060 lumen yang diperbuat daripada aluminium kalis air dan sistem ventilasi tekanan.

Lampu ini boleh didapati bermula awal tahun 2022, dan boleh dipasang selain daripada Nissan Frontier 2022, seperti Xterra 2005-2015, Pathfinder 2005-2012 dan Frontier 2005-2021.

Terdapat juga rak belakang modular NISMO Off Road Overland serta khemah bumbung NISMO Off Road Rooftop Tent yang berukuran 2,393 mm panjang, 1,402 mm lebar, serta tinggi 1,280 mm dan ia direka untuk memuatkan sehingga dua orang dengan selesa pada satu-satu masa.
 

NISMOP


Khemah ini diperbuat daripada kanvas poliester ripstop kalis cuaca dengan tiga panel jaring untuk tujuan ventilasi dan untuk memudahkan urusan naik turun dari khemah bumbung itu tadi, terdapat tangga aluminium boleh laras dengan ketinggian maksimum 2.1 meter.

Akhir sekali, sistem ekzos cat back NISMO Off Road Performance Exhaust yang diperbuat daripada keluli tahan karat yang digilap untuk menghasilkan runut bunyi yang lebih sporti untuk Frontier 2005-2020, Xterra 2005-2015, Titan 2016-2021 dan juga Frontier 2022.
 

NISMO


Sayang sekali, kesemua aksesori NISMO ini hanya boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat sahaja, menerusi laman web NISMOparts.nissanusa.com.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…